Memaparkan catatan dengan label azean irdawaty. Papar semua catatan
Rabu, 18 Disember 2013

Primadona Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty (gambar), 63 tahun meninggal dunia sebentar tadi, jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor setelah lima tahun menderita penyakit tumor dan lymphedema.
Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat. – 17 Disember, 2013.
Khamis, 27 Jun 2013

BENJY DITANGKAP LAGI KERANA DADAH

benjy ditangkap lagi

TANGKAP LAGI | Ketika pelakon veteran Azean Irdawaty sedang sakit, anak beliau , Benjy atau Khaeryyl Benjamin Ibrahim di tangkap lagi sebab dadah. Kesian kat Ibu dia dah la tengah sakit anak plak kena tangkap ngan polis sebab dadah nie bukan sekali dah berkali2 . Kucinghitam pun tak tau kalau Azean Irdawaty tahu pasal nie..

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. - UTUSAN