Memaparkan catatan dengan label Benjy. Papar semua catatan
Jumaat, 2 Ogos 2013

BENJY BERCERAI KALI KEDUA

Pelakon hebat yang penuh dengan kontroversi, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34,  telah menceraikan isterinya, Safiyya Stephanie Kar Leng Lee, 30, buat kali kedua dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.
Kedua-dua mereka bersetuju untuk untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan jalan baik dengan melafazkan cerai dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 pagi tadi.
Benjy yang sebelum ini ditahan buat kali kedua atas kesalahan dadah dilihat tenang selepas lafaz cerai dibuat dan hakim telah memerintahkan mereka berdua saling bersalaman dan bermaafan serta Benjy dilihat sempat mencium dahi bekas isterinya itu.
Dalam pada itu, Benjy sempat mengulas lanjut tentang kes penceraian yang buat kali kedua yang sebelum ini pernah  berlaku pada tahun 2008.
“Tiada ada yang boleh diperkatakan. Saya akan terus jalani kehidupan baru selepas ini. Alhamdullilah semua sudah selesai. Tentang hak penjagaan anak, Firdaus akan tinggal dengan ibunya tetapi apabila cuti dia akan bersama saya.
“Kami bercerai secara baik kerana tidak sehaluan lagi tetapi hubungan kami masih berkawan dan akan jaga Firdaus secara bergilir-gilir,” seperti dipetik oleh Malaysian Digest.
Benjy sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee yang juga seorang mualaf pada 9 Februari 2004. Hasil perkahwinan tersebut,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.
Sebelum ini Benjy dan Safiya pernah bercerai pada 7 Julau 2008 dengan talak satu tetapi kembali merujuk pada hari yang sama.
Dia juga pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu pada Mac 2010. Baru-baru ini Benjy kembali menjadi perhatian umum selepas dia didakwa atas kesalahan yang sama dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun yang lalu. 
Jumaat, 28 Jun 2013

BENJY TUMBUK JURUGAMBAR

Photo: Benjy Berindak Agresif & Menumbuk Kepala Jurugambar Selepas Ditahan Reman....berakhirnya kareer seorang pelakon yang sangat berbakat!!!
 

Benjy Berindak Agresif & Menumbuk Kepala Jurugambar Selepas Ditahan Reman....
berakhirnya kareer seorang pelakon yang sangat berbakat!!!

Khamis, 27 Jun 2013

BENJY DITANGKAP LAGI KERANA DADAH

benjy ditangkap lagi

TANGKAP LAGI | Ketika pelakon veteran Azean Irdawaty sedang sakit, anak beliau , Benjy atau Khaeryyl Benjamin Ibrahim di tangkap lagi sebab dadah. Kesian kat Ibu dia dah la tengah sakit anak plak kena tangkap ngan polis sebab dadah nie bukan sekali dah berkali2 . Kucinghitam pun tak tau kalau Azean Irdawaty tahu pasal nie..

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. - UTUSAN