Memaparkan catatan dengan label MENINGGAL DUNIA. Papar semua catatan
Rabu, 18 Disember 2013

Primadona Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty (gambar), 63 tahun meninggal dunia sebentar tadi, jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor setelah lima tahun menderita penyakit tumor dan lymphedema.
Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat. – 17 Disember, 2013.
Jumaat, 6 Disember 2013

Nelson Mandela Meninggal Dunia


JOHNNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.


Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun. 

Kematian Mandela diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. 


“Kini beliau pergi dengan aman untuk selama-lamanya," kata Zuma yang turut bersedih.

Zuma juga mengumumkan satu pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu. - AP
Khamis, 21 November 2013

Bintang Running Man Kim Jong Kook Meninggal Dunia


SPARTA| Begitulah laungan setiap kali kelibat Kim Jong Kook terlihat di skrin TV ketika memburu mangsanya. Diberi gelaran Harimau kerana ketangkasan dan kekuatan beliau Kim Jong Kook juga kelihatan mesra dikalangan anggota Running Man yang dah hampir 3 tahun bersiaran dan menjadi kegilaan seluruh dunia dengan teletah mereka yang bersahaja.

Bagaimana pun KucingHitam terkejut sebab tetiba tadi ada kawan whatsapp KH bagi tau Kim Jong Kook dah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Dengan was-was KH pun google la tengok sahih ker tak walaupun member tadi cakap dia tengok kat astro korea channel kan. 

Apa yang pasti banyak tweet yang mengatakan Kim Jong Kook dah meninggal dunia. Selain tu tak da sumber yang pasti mengenai berita kematian SPARTA nie.


Isnin, 11 November 2013

Mat Busu Meninggal Dunia


AL-FATIHAH| Buat pelakon sitkom " Pi Mai Pi Mai Tang Tu" Mat Busu atau watak barwah dalam sitkom tersebut Mat Deris. Arwah meninggal akibat sakit tua di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib pada umur sekitar 60-an. KucingHitam selalu gak terjumpa arwah kat penang sebab kampung arwah dekat ja ngan umah KH. Tapi sitkom tu memang femes sekitar tahun 90an time sekolah rendah dulu. Semoga roh arwah damai di sana.
Selasa, 22 Oktober 2013

Noreen Noor Meninggal Dunia

Begitulah update dari Wall FB Datuk Sharifah Aini. Penyanyi dan Pelakon veteran Noreen Noor 54, kini kembali ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang Putri awal pagi tadi kira2 5.50 pagi akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Melaka. Semoga roh Arwahyarhamah tenang 
Sedekahkan lah Al fatihah moga2 Allah menempatkan Allahyarhamah disisi orang yang beriman.
Ahad, 4 Ogos 2013

PELAKON ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA

 
PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Berita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.
 
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
 
"Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online.
 
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
 
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
 
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
 
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
 
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
 
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Rabu, 24 Julai 2013

SENIWATI DATIN UMI KALTHUM MENINGGAL DUNIA

 

Seniwati Datin Umi Kalthum (81thn) meninggal dunia pagi tadi ketika sedang tidur.....tak sakit apa2 maybe sebab ajal dah tiba kot....Al-Fatihah

Sabtu, 13 Julai 2013

AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIA


Bapa pelakon Dira Abu Zahar, Tan Sri Abu Zahar Isnin yg juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia 5.30ptg tadi di kediamannya di Merlimau Pasir...arwah sakit kencing manis dan sakit buah pinggang...arwah berusia 77tahun. Buat Dira takziah meninggal hari jumaat dalam bulan ramadhan ni suatu yang baik, apapun semoga arwah ayah Dira ditempatkan di tempat orang beriman. Al-fatihah.

Rabu, 26 Jun 2013

MAK SITI SARAH RAISUDDIN MENINGGAL DUNIA

IBU SITI SARAH MENINGGAL DUNIA
 
INNALILLAH | Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan telah meninggal dunia pagi tadi. Arwah dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada pukul 6.35pagi tadi. Arwah Ibu Siti Sarah juga dilaporkan meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Kucinghitam mendoakan semoga ibu beliau ditempatkan di tempat orang yang beriman- Al Fatihah
Ahad, 9 Jun 2013

SENIWATI LATIFAH OMAR MENINGGAL DUNIA



Baru 5 hari Pak Sudin meninggal dunia, kini Seniwati Latifah Omar pula pergi menghadap illahi. Beliau yang berusia 74 tahun meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus. Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30petang tadi. KucingHitam pun tak berapa kenal sangat cuma selalu gak la dengar nama Latifah Omar. Rupa-rupa nyer arwah nie yang jadi bawang puith dalam bawang putih bawang merah tue . Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang beriman. AL-FATIHAH

Selasa, 4 Jun 2013

AL-FATIHAH PELAKON VETERAN S. SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA


HARI INI SEORANG LAGI SENIMAN, PELAWAK DAN PELAKON VETERAN YANG BANYAK BERJASA DALAM BIDANG SENI. S. SHAMSUDIN ATAU PAK SUDIN MENINGGAL DUNIA SELEPAS MENGALAMI SERANGAN JANTUNG. PAK SUDIN MENDERITA SAKIT TUA SEJAK 3 TAHUN YANG LEPAS. PAK SUDIN MENINGGAL PADA 10.56 PAGI DI RUMAHNYA DI SINGAPURA.

SENARAI FILEM YANG PERNAH DIBINTANGI OLEH PAK SUDIN
TahunTajuk filem
1950Aloha
1951Sejoli
1952Aladdin
1952Sedarah
1953Istana Impian
1954Panggilan Pulau
1955Abu Hassan Pencuri
1956Hang Tuah
1956Panca Delima (1956)
1957Bujang Lapok (1957 - Sudin)
1958Kaki Kuda
1958Sarjan Hassan
1959Pendekar Bujang Lapok (1959 - Sudin)
1959Nujum Pa' Blalang (1959 - Nyawa, Penjahat No. 2)
1960Antara Dua Darjat
1961Ali Baba Bujang Lapok (1961 - Kassim Baba)
1961Seniman Bujang Lapok (1961 - Sudin)
1962Siti Muslihat
1963Nasib Si Labu Labi
1964Bidasari
1964Mambang Moden
1964Tiga Abdul (1964 - Pencerita)
1969Filem Ibulah Shorga [1969]
1981Dia Ibuku
1979Tuan Badul
1981Setinggan
1981Penyamun Tarbus
1986Bujang Lapok Kembali Daa
2005Pontianak Harum Sundal Malam 2
2007Budak Lapok
2010Eee...Hantu!!!!!

SESUNNGUHNYA PERMEGIAN BELIAU AMAT DIRASAI OLEH PEMINAT FILEM P.RAMLEE. LEBIH2 LAGI WATAK SUDIN DALAM BUJANG LAPOK. SEMOGA ROH PAK SUDIN DI BERKATI DAN DITEMPATKAN DI SAMPING ORANG2 YANG BERIMAN, AL-FATIHAH.