Memaparkan catatan dengan label sarapan RM6ribu. Papar semua catatan
Khamis, 10 Oktober 2013

PANAS! Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000


Masih ingat tak lagi korang tentang kes sarapan berharga RM 6000 di Kota Bharu Kelantan baru2 nie.

Apapun pemilik kedai makan tersebut yang didakwa mengenakan harga tak masuk akal atau potong leher tampil memberi penjelasan jom kita tengok video nie, mungkin segala pertanyaan korang akan terjawab.


Tue la kadang2 hitam putih pun orang leh tipu nie kan pulak just cakap melalui telepon memang lagi tak leh caya lepas nie sapa2 buat katering ada orang call nak tempah makan make sure korang comfirmkan betul2 dulu. Kesian kak nie dah kena tipu pastu kena putar belit lak. Kita tunggu jer keputusan mahkamah kalo masuk mahkamah.


Selasa, 8 Oktober 2013

Sarapan RM6ribu Makan Apa Tue?

Photo: agak2nya apalah dorangni breakfes kan...mesti terus pitam lepastu....hehe
 
Sarapan RM6 ribu | Gila la tauke kedai tu leh cas 50 orang rombongan RM6 ribu untuk sarapan kira2 RM120 untuk sorang la yer..Fuh kalah breakfast kat hotel 5 bintang nieh! Apa yang special sangat sampai warung nie berani cas sampai RM6 ribu.




KOTA BHARU – Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
“Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. – Sinar Harian