Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Rabu, 4 Disember 2013

Tarif Elektrik Naik Nak Elakan Penyakit Apa



SHAH ALAM -  Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif  elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.


Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

“TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.

“...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.

“Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.
Jumaat, 29 November 2013

Kecoh Ketika Latihan Menyelamat Kemalangan

Berhenti, bantu mangsa nahas

Bila latihan menyelamat disangkakan benar2 terjadi.. so macam biasa la kalau kemalangan pun orang kita leh slowkan kereta semata2 nak tengok kan walaupun kononnya geli darah tapi tetap nak tengok gak. KH rasa latihan macam nie sesuai lagi kalau disediakan kawasan untuk dijalankan tak la timbul masalah kekecohan macam nie. 

TAMPIN – Latihan menyelamat yang dilakukan Hospital Tampin (HT) dengan kerjasama agensi penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi di Kilometer 2.6 Jalan Tampin-Gemas, semalam, disalah anggap pengguna jalan raya.

Malah, ramai yang sanggup memberhentikan kenderaan mereka semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Mereka turut cemas apabila melihat 17 mangsa kemalangan, dua daripadanya maut, enam cedera parah manakala sembilan cedera ringan terbaring berlumuran darah.

Latihan kemalangan itu membabitkan enam remaja yang juga penunggang dan pembonceng motosikal dipercayai berteduh di Perhentian Bas Ulu Yoh kerana hujan telah dirempuh oleh sebuah van.

Pengarah HT, Dr Hatijah Mohd Tan berkata, latihan itu sebagai persediaan awal buat kakitangan hospital atau agensi penyelamat seperti bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dalam menghadapi insiden kemalangan ngeri.

“Latihan ini juga bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran anggota dalam membantu mangsa kemalangan yang membabitkan mangsa maut, cedera parah dan cedera ringan,” katanya, dekat sini, semalam.

Berikutan insiden kemalangan ngeri berkenaan, kakitangan HT dan klinik kesihatan terdekat, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, anggota JPAM dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba terpaksa mengambil masa 5 hingga 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta dan van," katanya.
Ahad, 3 November 2013

Bila Online Bisnes Pun Kena GST

bisnes online kena gst Bisnes Online dikenakan GST

GST| atau Cukai Barangan dan Perkhimatan memang popular selepas bajet 2014 kan. Penguatkuasaan GST sebanyak 6% mungkin dianggap kecil bagi sesetangah golongan tapi tak semua golongan sanggup penjam mata isu GST nie. KH perasan banyak harga perkhimatan meninggkat selepas GST dilancarkan termasuk lah cas astro.

Kini bisnes online jugak bakal dikenakan GST. Macamana kalau dulu internet nie merupakan media pengiklanan percuma bagi golongan yang menggunakan internet sebagai medium membuat pendapatan kini mereka juga tak terkecuali dikenakan cukai. KH pun tak arif sangat nak ulas takut tersalah ulasan ada plak pihak tak puas hati kan. Apapun jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah daif dah la.
Sabtu, 2 November 2013

Bila Pompuan Dah Hilang Kemaluan


KucingHitam baru baik dari demam ja nie tu blog nie mcm terbengkalai kan..So no worries I'm back guys. So since KH tak da KH noted ada satu lagi video yang orang ramai sedang cakapkan video apa lagi kalau bukan video " Awek Legoland ". Makin ramai plak pompuan2 yang buat video memalukan diri sendiri nie bermula ngan duck face yang tajuk Mc 3 hari tue kan pastu video kaple 7 hari tue sekarang awek legoland plak. Dengar kata budak syasya yang buat video legoland nie mohon maaf as ussual dah popular baru nak buat video minta maaf bagai kenapa sebelum buat tak nak pikir dlu..


KH hitam suka kalau korang buat korang jujur ja tak payah nak klise sangat buat video sebab ada masalah la apa la. Kalau tengok si Sakinah tu ok ja atleast dia jujur tak la nak hipokrit kan. Jom kita tengok parodi awek legoland Sharifah Sakinah. 

Stesen Minyak Kantoi Menipu Pelanggan

Stesen minyak kantoi menipu

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.
Jumaat, 18 Oktober 2013

Budak Melayu Sekarang Gila Sex Sangat Ke?


GILA SEKS| Kalau la family budak pompuan nie baca status fb dia sure pengsan bangun pengsan tambah2 mak ayah dia. Ish3 kenapa la bangga plak bila buat dosa? Trend sekarang ka kalau buat ni kira dah bagus la yer...Bila dosa dan pahala dah tak diperdulikan macam nie jadi nyer. Paling best tue budak pompuan kot bukan laki dah macam terbalik pulak pompuan bangga bila dapat sex adoi nasib la Rasullah S.A.W cakap golongan neraka banyak perempuan..
Jumaat, 11 Oktober 2013

Curi RM 2 Kena Penjara dua tahun


Logik ke? Bila seorang penganggur curi 2 ringgit dikenakan hukuman 2 tahun penjara.. Memang bersalah dan berdosa kalau mencuri lebih2 lagi dari tabung masjid kan tapi logik kah? Macam2 hal sekarang bukan apa kalau tengok kes2 lain yang lebih berat yang berkaitan jenayah duit nie ada yang makan rasuah berjuta2 still tak ditahan dan masih bebas tanpa tindakan mungkin sebab tak da bukti atau tutp sebelah mata mungkin. Tak pa kita harap yang terbaik la untuk abang nie selepas bebas nanti.. 

Uli Tepung Roti Guna Kaki


Serius geli ar dengar ni kan pulak nak imagine makan roti yang di uli guna kaki nie..Kalau kaki yang bersih pun kita rasa geli jer bila imagine kan nikan pulak yang pijak tepung tu kaki2 mamak yang berbulu hitam berdaki bagai eewww weeek muntah hijau terus..Kucinghitam memang xmakan roti benggali ni walaupun ramai cakap sedap kalu cicah gulai semalam kan.. hehe lagi suka layan nasi jer. Yang paper nie satu dah tau kedai tu uli guna kaki kenapa tak bagi tau ja nama kedai tu leh orang ramai pulaukan or xpayah beli dah macamana kalau yang kedai lain leh ja bagai tau nama kedai...ish2 

Khamis, 10 Oktober 2013

PANAS! Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000


Masih ingat tak lagi korang tentang kes sarapan berharga RM 6000 di Kota Bharu Kelantan baru2 nie.

Apapun pemilik kedai makan tersebut yang didakwa mengenakan harga tak masuk akal atau potong leher tampil memberi penjelasan jom kita tengok video nie, mungkin segala pertanyaan korang akan terjawab.


Tue la kadang2 hitam putih pun orang leh tipu nie kan pulak just cakap melalui telepon memang lagi tak leh caya lepas nie sapa2 buat katering ada orang call nak tempah makan make sure korang comfirmkan betul2 dulu. Kesian kak nie dah kena tipu pastu kena putar belit lak. Kita tunggu jer keputusan mahkamah kalo masuk mahkamah.


Jumaat, 4 Oktober 2013

ePenyata Gaji Digodam Hackers

ePenyata Gaji Pula Kena Hack

Makin hari makin ramai pula jenayah kan tak kira ringan ka berat. Paling terbaru ePenyata gaji plak jadi mangsa hackers yang tak bertanggungjawab tak tau sebab apa dan motif diorang buang macam tue. Mungkin nak test skill hacker diorang tapi yang nyata diorang ni dah menyusahkan ramai orang . Harap2 pihak SSKM pun ambik la tindakan yang patut untuk mengangani hal serius nie.




Isnin, 2 September 2013

MINYAK RON95 NAIK 20SEN

 
NAIK LAGI| KucingHitam dengar yang petrol RON95 akan dinaikan 20sen malam nie. Walaupun naik 20sen seliter dari RM1.90 kepada RM2.10, kesan nyer tetap ada. Tapi pasti akan cakap bersyukurlah kerana negara lain minyak lebih mahal dari Malaysia, ye memang tak dinafikan mungkin benar tapi itu bukan negara kita dan kita adalah rakyat Malaysia pengeluar minyak bagi syarikat Petronas. Macam kes Proton la kenapa harga kereta Proton lebih murah di negara luar berbanding negara sendiri. Pikir2kan lah yer...xnak komen panjang2 hehe semua dah besar panjang...