Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Ahad, 5 Januari 2014

Khasiat Buah Kelapa Dalam Kesihatan


Kelapa dalam bahasa Latin disebut Cocos nucifera merupakan tanaman yang termasuk dalam jenis tanaman palma dengan buah yang berukuran cukup besar dibanding dengan tanaman jenis palma yang lain. Tumbuhan yang satu ini dimanfaatkan hampir di semua bagiannya untuk menunjang kehidupan terutama bagi manusia oleh karena itu tanaman kelapa dianggap sebagai tumbuhan yang multiguna, terutama bagi orang-orang di daerah pesisir. Kelapa juga disebutkan untuk buah yang dihasilkan oleh tumbuhan tersebut.

Tumbuhan atau tanaman kelapa sendiri diperkirakan berasal dari daerah pesisir di Samudera Hindia di sisi Asia, namun dalam perkembangan dunia kini tanaman kelapa telah bertumbuh dan beredar luas hampir di seluruh pantai tropika di dunia. Sebagai tumbuhan atau tanaman yang multiguna tentu saja banyak sekali manfaat penting dari tanaman ini namun dalam artikel ini hanya terbatas pada manfaat dari buahnya saja. Apa saja manfaatnya, simak saja di Manfaat dan Khasiat Buah Kelapa Bagi Kesehatan Tubuh Manusia.

Kandungan Pada Air Kelapa Muda

Perlu diketahui bahwa air kelapa mengandung 4,7% dari total padatan, 2,6 % gula, 0,55 % protein, 0,74 % lemak, serta 0,46 % mineral. Komposisi gizi yang baik dari buah kelapa tersebut menyebabkan air kelapa dapat difungsikan sebagai media untuk pertumbuhan mikroba, misalnya saja Acetobacter xylinum yang digunakan untuk produksi nata de coco.


Manfaat dan Khasiat Dari Air Kelapa Muda Untuk Kesehatan :
  1. Mengobati penyakit demam berdarah dengan meminumnya secara rutin dan teratur.
  2. Menghilangkan rasa lelah dan lesu akibat kegiatan yang padat.
  3. Mengobati perut cacingan pada tubuh anak-anak. Dengan menambahkan sedikit sari jeruk pada setiap gelas air kelapa muda. Sebaiknya diminum teratur 3x sehari.
  4. Memperlancar buang air kecil atau sebaliknya mengurangi lancarnya buang air kecil. Karena air kelapa muda berkhasiat untuk membersihkan saluran kemih.
  5. Pembasmi cacing pada saluran usus. Dengan meminum air kelapa muda dengan teratur 3x sehari ditambah 1 sdt minyak zaitun.
  6. Mencukupi kebutuhan cairan bagi ibu/wanita yang sedang hamil.
  7. Sebagai penetralisir untuk orang yang sedang mabuk yang disebabkan oleh penggunaan obat-obatan tertentu.
  8. Air kelapa muda disinyalir mengandung anti virus, anti bakteri, dan anti jamur yang sama seperti yang terkandung pada air susu ibu.
  9. Mampu menjaga fungsi pencernaan atau metabolisme dalam tubuh.
  10. Sebagai pereda mual-mual dan muntah-muntah.
  11. Disinyalir mampu memecah batu ginjal. Air kelapa berkhasiat melunakkan kerak dalam ginjal.
  12. Merupakan cairan isotonik yang baik untuk menjaga kebugaran tubuh.


Selain dari khasiat dan manfaat air buah kelapa muda sebagai tumbuhan yang multifungsi daging buahnya pun mempunyai berbagai macam manfaat dan khasiat yang begit besar beberapa diantaranya adalah sebagai berikut.

Kandungan dari Daging Buah Kelapa

Buah kelapa tua mengandung kalori yang sangat tinggi, yaitu sebesar 359 kalori/100 gram nya; daging kelapa yang masih setengah tua mengandung kalori 180 kal/100 gram nya dan daging kelapa yang masih muda mengandung kalori sebesar 68 kal/100 gram. Sedangkan pada air kelapa nilai kalori rata-rata berkisar 17 kal/100 gram nya. Air kelapa hijau lebih banyak mengandung tanin atau anti racun yang paling tinggi daripada jenis kelapa yang lain.

Manfaat dan Khasiat Buah Kelapa Antara Lain :
  1. Anti Racun, sebagai penawar racun yang baik.
  2. Mengatasi panas dalam
  3. Menurunkan sakit panas atau panas demam
  4. Sebagai obat mujarab demam berdarah
  5. Pencegah Influenza
  6. Mengatasi penyakit kencing batu
  7. Mengurangi rasa sakit saat haid
  8. Membasmi cacing kremi
  9. Mengurangi rasa sakit gigi
  10. Mengatasi dan mengurangi ketombe


Nah demikianlah beberapa manfaat dan khasiat dari buah kelapa dari air buah kelapa maupun daging buah kelapa. Ada masih banyak lagi manfaat yang bisa anda temukan dari batang pohon, pelepah kelapa, daun kelapa dan banyak lagi. Untuk membaca artikel lain yang menarik silahkan kunjungi artikel beriku ini 
Sabtu, 14 Disember 2013

Demam Campak - Infeksi, Simptom, Rawatan, Petua

Apakah itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Program Immunisasi Campak.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Ruam demam campak


Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak.
Menggunakan Daun Semambu yang juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Cara menggunakannya:
  • Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar untuk tidur.
  • Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan.
  • Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan di seluruh badan.
Tips Kepada pesakit Demam Campak atau Chikcken Pox
  • Bila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru, biarkan ianya gugur dengan sendirinya.
  • Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.
  • Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi memercepatkan lagi proses bintik-bintik campak itu tumbuh, dan pesakit tidaklah terseksa begitu lama.
  • Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng, dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.
Khamis, 12 Disember 2013

Bila Campak Menyerang

Dah lama xupdate blog kan klo xsure ada jer bahan nk diuploadkn di kucinghitam.net net. Nak buat macamana kli ni rezeki kucinhitam terkena demam campak demam yang paling gerun dan mengeyam sebab tahap kegatalan yang agak dasat. Dah hampir 5hari KH kna demam campak ni klo ikutkn ciri2 yang KH kna ni yg paling dasat campak pelengung ker yang bernanah huhu.. nasib la ada kawan2 yg tlg poskan brg order n yang belikan air kelapa muda pastu siap cri daun semambu..

Lepas ni KH akan post tentang demam campak dan rawatan dia..
Dah tua2 baru nk merasa campak klo kecik2 antibodi kuat ler huhu.

Rabu, 20 November 2013

Petua Hilangkan Bengkak Mata



Pernahkah anda menangis sepanjang malam dan mendapati mata anda bengkak teruk ketika bangun pada keesokan harinya? Atau bengkak pada mata akibat anda menghidap selsema yang teruk? Tahukah anda cara merawat mata bengkak?
 
Selain akibat menangis,mahupun selsema, kurang tidur, stress atau terdapat lemak di keliling mata juga boleh menyebabkan berlakunya mata bengkak. Jika anda sedar bahawa mata anda bengkak (selain disebabkan menangis), sila beri perhatian pada kesihatan mata anda.
 
Pastikan anda tidak makan tiga jam sebelum waktu tidur dan hindari minum terlalu banyak ketika waktu malam.Kalau anda guna krim mata, perhatikan krim malam anda. Mungkin ia menjadi punca masalah bengkak mata. Pastikan formula krim malam anda tidak terlalu berat.
 
Cara yang lebih baik untuk rehatkan mata adalah dengan meletakkan uncang teh yang basah di tengah-tengah mata dan biarkan sehingga kering. Kandungan asid tannic di dalam teh berfungsi sebagai strigen dan membantu melegakan mata.So, kalau rasa mata tu tak selesa cepat-cepatlah jumpa doktor.
Isnin, 18 November 2013

Petua Merawat Resdung


KucingHitam rasa banyak yang tension sebab resdung kan. Mana tak pepagi bangun tido dah bersin hidung berair  paling tension skali klo muka mula gatal rasa nk ja ambik berus belangga tue garu muka :).

Kali ni KucingHitam nk share petua merawat resdung dengan barang simple jer. Bahan2 dia 8biji limau nipis daun pandan 10 helai (hiris halus2). Then korang perah air limau nipis dlm hirisan daun pandan tadi. Gaulkan bila dh rasa sebati leh la start tempek kat muka korang tu.. tahan la sikit sebab mmg akan rasa pedih n gatal hihi..

Kalo sesuai orang cakap 5minitulat resdung dh start kuar paling banyak kat area kening. Buat seminggu 3kali dan elok buat antara jam 10pagi - 3ptg sebab tu waktu resdung paling aktif.

Kucinghitam pun baru ja pi buang resdung tapi kat kedai ja la sebab malas nak buat sendiri kan. Akak tu guna kain lilin memang pedih kat area mata ni sebab tu orang cakap resdung paling byk kat kening kot..lepas tu buat facial sekali ala murah je RM16 tapi puas hati..

Selasa, 12 November 2013

Kebaikan & Khasiat Strawberi

Dikenal dengan nama latin Fragaria rosaceae , buah Strawberry yang tumbuh menjalar ini kaya akan vitamin C, buah ini juga mengandung fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercaya memberikan warna merah pada buah Strawberry.Selain itu, buah Strawberry juga mengandung Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3.[break]
Kebaikan Buah Strawberri

Kebaikan Buah Strawberry
Kebaikan Buah Strawberri
Dari segi kesihatan, kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberry ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, di antaranya:
1. Arthritis
Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.
2. Kanser
Oleh kerana buah strawberri mengandung unsur anti oksidan sudah tentu buah ini dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.
3. Kesihatan mata
Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah.
4. Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut dapat dicegah.
5. Tekanan darah tinggi
Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.
6. Penyakit jantung
Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.
Jumaat, 8 November 2013

Khasiat dan Faedah Buah Betik

Kebaikan Buah Betik
Khasiat Buah Betik
Betik atau nama saintifiknya Carica papaya ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika yang mengandungi khasiat yang amat tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan manusia.
Khasiat buah Betik yang kaya dengan vitamin A dan berbagai jenis zat vitamin B seperti Riboflavin, zat folate dan cryptoxanthin. Zat ini adalah sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Unsur ini amat penting sekali bagi kesihatan jantung kita kerana ia dapat melindunginya daripada kerosakan.
Kebaikan Buah Betik 2
Buah Betik juga kaya dengan zat vitamin C. Malah kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari.
Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Selain vitamin, khasiat buah betik juga mengandungi kalium, kalsium, serat, zat besi, protein, tiamin, niasin dan enzim papain. Enzim papain adalah unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan.
Kebaikan Buah Betik 1
Antara Khasiat Dan Kebaikan Buah Betik
1. Buah Betik Sebagai Tonik Tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2. Buah Betik Ubat Bagi Sembelit Dan Penyakit Buasir
Jika mengalami sembelit eloklah memakan betik. Khasiat buah Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan buah betik, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan malah dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3. Buah Betik Mencegah Batu karang Di Dalam Pundi Kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu karang pada pundi kencing kita.
4. Buah Betik Membantu Peredaran Haid Yang Teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.
5. Buah Betik Merawat Penyakit Tekak
Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.
6. Buah Betik Merawat Tumit Pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.
Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.Untuk mendapatkan lebih kenikmatan makanlah buah betik yang telah disejukkan sedikit, pastinya menyelerakan.
Selasa, 29 Oktober 2013

Kelebihan Vitamin C Kepada Kesihatan

Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk:

· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat

· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat

· Mematikan radikal bebas merbahaya

· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.
Selasa, 22 Oktober 2013

Khasiat Buah Pala

KucingHitam nak berkongsi sikit tentang khasiat dan mafaat buah yang menjadi trademark negeri Pulau Pinang , Pulau Mutiara apa lagi kalau bukan buah Pala. Selalu kalau bauh pala nie orang pikir jeruk ja kan tapi kat penang nie ada gak jus buah pala dan minyak buah pala. Jom kira tengok apa kelebihan buah pala nie.
Manfaat Buah Pala Untuk KesehatanCaratik – Aroma Wangi dan Harum pada biji pala telah membuat biji buah ini adalah salah satu rempah-rempah yang sangat berharga sudah dikenal sejak zaman dahulu. Biji buah pala memiliki manfaat dan sifat aromatik, afrodisiak, juga kuratif. Tumbuhan Pala atau pohon pala asli tanaman hutan tropis Negara kita Indonesia, tepatnya adalah di kepulauan Maluku, yang sejak era kolonial Pulau Maluku juga dikenal sebagai Kepulauan rempah Nusantara
.
Berdasarkan Kajian Botanikal, tanaman pala masih kerabat Myristicaceae dan Myristica fragrans. Beberapa spesies tumbuh di seluruh dunia selain spesies Myristica , seperti M. argentea, M. malabarica ( tanaman ini banyak tumbuh di negara India), dan M. fatua, agak mirip dengan M. fragrans dalam segi bentuknya, namun tanaman Myristica fatua memiliki rasa yang kurang intens dan aromanya tidak sebagus biji pala di nusantara.
Pala Myristica fragrans 300x200 Manfaat Buah Pala Untuk Kesehatan
Ilustrasi: Buah Pala, Biji Pala
Manfaat Pala Untuk kesehatan
Biji Pala atau lebih dikenali dengan buah Pala adalah rempah-rempah yang banyak di gunakan untuk bumbu masakan pada umumnya di nusantara. Tetapi, di sebalik penampilan biji pala yang sederhana telah diketahui mengandung banyak senyawa kimia yang diketahui adalah anti-oksidan, mencegah penyakit, dan yang tak kalah hebatnya mampu meningkatkan kesehatan kesehatan.
Biji pala Mengandung Minyak Atsiri
Rasa Pedas yang dimiliki buah pala adalah, dikernakan mengandung minyak Trimyristin dan banyaknya kandungan minyak atsiri penting seperti yang memberikan rasa juga aromatik biji pala seperti miristisin, elemicin, eugenol dan safrol. Jenis kandungan Minyak lain-nya antar lain volatile, pinene, Camphene, dipentene, cineole, linalool, sabinene, safrol, terpeniol.
Pala Sebagai Ubat Tradisional
Manfaat buah pala yang paling penting untuk kesehatan, karena memiliki zat-zat aktif terdapat di dalam pala, zat yang sering dan banyak di gunakan sebagai terapeutik dalam berbagai obat-obatan tradisional sebagai anti-jamur, anti-depresan ( obat penenang ) , afrodisiak ( penambah semangat ), obat pencernaan, dan fungsi karminatif.
Kandungan Mineral Dalam Pala
Biji buah pala adalah rempah-rempah yang sangat, tentunya baik sekali untuk kesehatan karena memiliki sumber mineral berharga seperti zat tembaga (Cu), kalium (K), kalsium (Ca), mangan (Mn), besi (fe), seng (Zn) dan magnesium (Mg). Yang mana zat-zat mineral tersebut adalah sangat berharga bagi kesehatan tubuh seperti Kalium merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengontrol detak jantung dan tekanan darah. Mangan dan tembaga yang digunakan oleh tubuh sebagai proses membantu untuk enzim antioksidan, superoksida dismutase. zat Besi sangat penting untuk produksi sel darah merah dan sebagai proses membantu untuk sitokrom oksidase enzim.
Vitamin Yang terdapat Dalam Biji Pala
Tidak hanya sekedar memiliki kandungan zat dan mineral saja tetapi buah pala juga kaya vitamin-vitamin penting seperti vitamin B-kompleks, termasuk vitamin C, asam folat, riboflavin, niasin, vitamin A dan banyak flavonoid anti-oksidan seperti beta-karoten dan cryptoxanthin yang sangat penting dan di butuhkan untuk kesehatan yang optimal.
Manfaat Dan Penggunaan Pala Sebagai Obat
Sebelum Ilmu kedokteran modern berkembang, Sejak zaman kuno, minyak pala sudah banyak dimanfaatkan dan digunakan dalam pengobatan tradisional orang-orang Cina dan India untuk penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf dan pencernaan. Manfaat Buah Pala Untuk Kesehatan karena memiliki Senyawa atau zat-zat dalam rempah-rempah obat ini seperti miristisin dan elemicin memiliki efek menenangkan ( Obat penenang) serta sifat stimulan pada otak.
  • Minyak pala mengandung eugenol, yang telah digunakan dalam kedokteran gigi untuk meringankan sakit gigi.
  • Minyak pala juga digunakan sebagai sarana pijat untuk mengurangi nyeri otot dan nyeri rematik sendi.
  • Sebuk biji pala yang diseduh dengan air panas dan di campur dengan madu telah digunakan untuk menghilangkan mual, gastritis, dan penyakit pencernaan yang lainnya.
Manfaat Dan Kegunaan Lain-nya Biji Pala
Selain di gunakan sebagai bahan obat, pala juga sering digunakan atau dimanfaatkan untuk berbagai olahan makanan. Aroma dan pewarna dari biji pala yang sudah diketahui sejak zaman kuno, kini dimanfaatkan di berbagai produk makanan, seperti:
  • Digunakan dalam saus, sup, dan berbagai penganan.
  • Aromatik pada biji pala terutama digunakan sebagai pewarna dan zat penyedap dalam permen, kue-kue, donat, dll
  • Rempah-rempah ini juga digunakan sebagai salah satu bahan umum dalam bubuk kari, untuk mengasinkan daging dan sayur  dan juga telah banyak digunakan pada hidangan di banyak negara Asia.
Tips Dan Keamanan Penggunaan Pala
Meskipun biji Pala adalah alami atau produk dari alam yang sangat baik untuk kesehatan dan baik untuk pengobatan, namun anda harus mengetahui bahwa penyalah gunaan secara berlebihan memiliki efek yang merugikan.
Konsumsi pala dalam dosis besar dapat menyebabkan kurangnya konsentrasi, berkeringat, jantung berdebar, nyeri tubuh dan dalam kasus yang parah, halusinasi, dan delirium.
Dalam dosis yang cukup dan sangat kecil, manfaat biji pala dapat digunakan secara aman dalam kehamilan dan menyusui.
Isnin, 17 Jun 2013

TIPS : 4 AMALAN YANG PATUT




JOM AMALKAN ... KucingHitam nak banyakan Tips2 dan Fakta2 Penjagaan kesihatan lepas nie hehehe..Sambil santai2 dapat gak ilmu kan..

Empat perkara menguatkanbadan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.
Khamis, 30 Mei 2013

JENTAYU SPA MILIK SHEILA MAJID


JENTAYU SPA MILIK RATU JAZZ MALAYSIA, DATUK SHEILA MAJID. TERLETAK DI PINGGIR KOTA KUALA LUMPUR. MENYEDIAKAN PERKHIMATAN SPA KHAS UNTUK KAUM HAWA. SEMUA RAMUAN KAT SPA NIE DI PERBUAT DARI ALAM SEMULA JADI. 
BAGUS LA SEMAKIN BANYAK ARTIS YANG BUKA BUSINESS SENDIRI. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MENJAMIN MASA DEPAN TAK DA LA BERGANTUNG SANGTA PADA KERJAYA ARTIS YANG X MENENTU KAN.

Jentayu Site

HARGA KAT JENTAYU SPA NIE BOLEH CAKAP MAMPU LA TAK DA LA SEMAHAL SPA2 ARTIS LAIN. SERENDAH RM 70 UNTUK BASUHAN KAKI DENGAN AIR BUNGA SEHINGGA RM300 UNTUK FULL PAKEJ.

Sabtu, 25 Mei 2013

INFO KESIHATAN : BATU KARANG, PUNCA DAN RAWATAN


HARI NIE KUCINGHITAM DAPAT TAU AYAH KAWAN KUCINGHITAM SUSPEK KENA BATU KARANG. NIE BUKAN BATU KARANG YANG DALAM LAUT TU OKEY. NIE PENYAKIT. SO DISEBABKAN ITU KUCINGHITAM ADA LA BUAT SEDIKIT KAJI SELIDIK TENTANG PENYAKIT NIE. SO KUCING HITAM AKAN PROFILKAN SECARA RINGKAS BAGI PENYAKIT BATU KARANG NIE.

PUNCA PENYAKIT BATU KARANG
  • TERBENTUK APABILA TERDAPAT PERUBAHAN MINERAL DALAM AIR KENCING.
  • BADAN KURANG CECAIR SELEPAS TERHIDRASI DAH TIDAK DI GANTI.
  • SEJARAH KELUARGA ( PENYAKIT BATU KARANG BOLEH DIWARISI)
GEJALA PENYAKIT BATU KARANG
  • SERING MENGAKIBATKAN KESAKITAN JIKA TERDAPAT DALAM BUAH PINGGANG.
  • JIKA BATU KARANG BERGERAK DARI BUAH PINGGANG KE SALUR KENCING IA AKAN MENGAKIBATKAN KESAKITAN SECARA TIBA2.
  • SAKIT DAN KEJANG DI BAHAGIAN BELAKANG, PANGKAL PAHA & ABDOMEN
  • KENCING BERDARAH.
  • JIKA BATU KARANG BERADA DALAM SALUR KENCING PESAKIT MUNGKIN MENGALAMI DEMAM DAN MENGIGIL (DAPATKAN RAWATAN SEGERA)
CARA MENGHINDARI BATU KARANG

  • BANYAKAN MINUM AIR PUTIH ELAKAN MINUMAN MANIS & BERGAS.
  • KEKURANGAN VITAMIN B6 & POTASIUM JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN BATU KARANG. AMALKAN MAKAN BARLI, KENTANG, KELDELEK, BERASASKAN TERPUNG GANDUM, BUNGA KOBIS & PISANG.
  • ELAKKAN MEMAKAN TOMATO, BAYAM, LOBAK MERAH, DAGING, STRAWBERI, KOKO, COKLAT DAN TEH KERANA MENGANDUNGI ASID OKSALIK.
  • BANYAKKAN MAKAN MAKANAN BERSERAT TINGGI (SAYUR & BUAH)
  • KURANGKAN MAKAN DAGING
  • KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI DAN ELAKAN AKOHOL
PETUA SEMBUHKAN BATU KARANG
KUCINGHITAM BAGI SATU JA. KALO KORANG RAJIN KORANG LEH SEARCH KAT PAKCIK GOOGLE.

NENAS DAPAT SEMBUHKAN BATU KARANG
KUPAS SEBIJI NENAS DAN CINCANG. 
CAMPURKAN SEGELAS AIR SERTA SEDIKIT GARAM DAN KISAR HARUS
MINUM SETIAP HARI
@ GUNA SULUR NENAS NGAN GULA BATU MINUM HARI2. INSYA-ALLAH BATU KARANG HILANG.


Jumaat, 17 Mei 2013

MEROKOK DI SISI ISLAM


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Sumber: e-fatwa