Memaparkan catatan dengan label INFO KUCING. Papar semua catatan
Khamis, 9 Januari 2014

Kucing Peliharaan Rasullah S.A.W





Seperti kaum muslimin sedia maklum kucing adalah binatang kesayangan Rasullah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai seekor kucing peliharaan bernama Mueeza. Keistimewaan Mueeza yang paling disukai oleh Rasullah adalah setiap kali azan berkumandang Mueeza akan mengeow seakan2 menjawab setiap laungan azan tersebut. Pernah sekali Mueeza tertido atas jubah Rasullah, lalu baginda memotong bahagian yang ditiduri oleh Mueeza tanpa disedari oleh kucing itu. Begitulah kasih sayang Rasullah terhadap kucing. Kalau kita kat kedai makan pasti dihalau nya kucing tu tanpa belas kasihan walaupun dalam pinggang ada tersisa tulang atau makanan sedekah la tak rugi pun kan..

KH pun kadang marah gak Si Ben nie selalu kacau Mek ( kucing betina KH). Biasala tu kan binatang kalau ngan kita sapa lagi dia nak bermanja.
Selasa, 31 Disember 2013

Info Kucing : Baka Bombay Cat


Bombay Cat salah satu baka kucing yang menyerupai harimau kumbang sebab apa sebab dia berwarna hitam. Walau bagaimanapun terdapat 2 jenis Bombay Cat iaitu American Bombay dan British Bombay dah macam nama tempat dah kan :) 



Mula diperkenalkan oleh Nikki Horner dari Shawnee Cattery pada tahun 1958 hasil kacukan Kucing Burmese dan Kucing American Shorthair hitam. Bermatlamat untuk menghasilkan mini leopard bermata tembaga keemasan.  Nikki menamakan baka ini sebagai "Bombay Cat" sebab menyerupai "Black Leopard" India. Baka British Bombay pula terhasil dari kacukan Kucing Burmese dengan Bristish SHorthair Domestic. Bagaimanapun kedua baka ini adalah berlainan.

Jangka Hayat : 12 Tahun - 15 Tahun
Saiz Badan : Kecil berbanding kucing biasa
Fizikal : Badan Berotot
Warna Bulu : Hitam
Mata : Bujur Badam berwarna tembaga keemasan
Kepala : Bulat
Telingga : Besar & Luas sedikit bulat dihujung.
Personaliti : Mudah mesra, aktif, manja & suka bermain
Pengiktirafan : CFA - Persatuan Cat Fanciers pada 1976

*Baka ini juga menjadi maskot blog www.kucinghitam.net  :D


Isnin, 30 Disember 2013

Info Kucing : Berapa Umur Kucing Berbanding Manusia

Pernah tak korang terfikir berapa umur kucing kalau dibandingkan dengan umur manusia.. takan la kita nak ikut kiraan umur manusia kan macam tak sesuai jer macam tak logik jer..so kali nie KucingHitam nak share info tentang perbandingan umur kucing dengan manusia..Yela kalo kita umur 18 baru sah kawin kan tapi takan kucing pun nak tungu 18 tahun haha..


Kat sini KH buat umur kucing vs umur manusia so senang korang nak paham.

KUCING
MANUSIA
6 BULAN
10 TAHUN
8 BULAN
13 TAHUN
1 TAHUN
20 TAHUN
2 TAHUN
24 TAHUN
4 TAHUN
32 TAHUN
6 TAHUN
40 TAHUN
8 TAHUN
48 TAHUN
10 TAHUN
56 TAHUN
12 TAHUN
64 TAHUN
14 TAHUN
72 TAHUN
16 TAHUN
80 TAHUN
18 TAHUN
88 TAHUN
20 TAHUN
96 TAHUN
21 TAHUN
100 TAHUN