Selasa, 31 Disember 2013

Info Kucing : Baka Bombay Cat


Bombay Cat salah satu baka kucing yang menyerupai harimau kumbang sebab apa sebab dia berwarna hitam. Walau bagaimanapun terdapat 2 jenis Bombay Cat iaitu American Bombay dan British Bombay dah macam nama tempat dah kan :) 



Mula diperkenalkan oleh Nikki Horner dari Shawnee Cattery pada tahun 1958 hasil kacukan Kucing Burmese dan Kucing American Shorthair hitam. Bermatlamat untuk menghasilkan mini leopard bermata tembaga keemasan.  Nikki menamakan baka ini sebagai "Bombay Cat" sebab menyerupai "Black Leopard" India. Baka British Bombay pula terhasil dari kacukan Kucing Burmese dengan Bristish SHorthair Domestic. Bagaimanapun kedua baka ini adalah berlainan.

Jangka Hayat : 12 Tahun - 15 Tahun
Saiz Badan : Kecil berbanding kucing biasa
Fizikal : Badan Berotot
Warna Bulu : Hitam
Mata : Bujur Badam berwarna tembaga keemasan
Kepala : Bulat
Telingga : Besar & Luas sedikit bulat dihujung.
Personaliti : Mudah mesra, aktif, manja & suka bermain
Pengiktirafan : CFA - Persatuan Cat Fanciers pada 1976

*Baka ini juga menjadi maskot blog www.kucinghitam.net  :D


3 ulasan:

Unknown berkata...

aaaaaaaaaa comel! geram je nak peluk

Long Cham berkata...

haha peluk la skrin nie haha

Long Cham berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.