Nie plak dengar kes mak tiri cabaikan kemaluan anak tiri dia depan nenek dia. sure nenek tu sedih tengok cucu dia kena macam tu dia nak buat apapun tak mampu yer la dah berusia kan. KH rasa memang wayar putus mak tiri nie tak pun kurang kasih sayang ni. Kalau dia la yang kena macamana cabai tu kita gigit pun pedas cari air , nie kan di sapu kat tempat sulit mau menangis budak tu..manusia sekarang ni dah banyak gila kot.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.
Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.
"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.
Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.
Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.
4 ulasan:
ishk ! xpatut ow !
salam blogwalking.. hehe,,,
feel free join my 1st giveaway
http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/01/blog-alyanimatshah-1st-giveaway.html
Assalam.. Astagfirullah.. ini kerga org jiwa kacau... sanggup buat mcm tu..
Saya dah follow sini & like.. Salam ukhwah.. :)
sangat kejam
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=277087 Cuma Klik dan Reg utk jana pendapatan sampingan...mana tahu rezeki anda.
Catat Ulasan