Rabu, 8 Januari 2014

Budak Perempuan Dicili Kemaluan Oleh Mak Tiri

MENTAL| KH pun ada mak tiri tapi dah anggap macam ahli keluarga sendiri walaupun mula2 memang la tak leh terima ayah kawin lain kan. Tapi sebagai manusia setiap insan sure nak berpasangan kan. Sepanjang kenal mak tiri ni tak pernah pun dia naik tangan just kadang2 ada la tegur nasihat biasa la kan. Adik KH yang baru bersalin tu paling rapat dengan dia. 

Nie plak dengar kes mak tiri cabaikan kemaluan anak tiri dia depan nenek dia. sure nenek tu sedih tengok cucu dia kena macam tu dia nak buat apapun tak mampu yer la dah berusia kan. KH rasa memang wayar putus mak tiri nie tak pun kurang kasih sayang ni. Kalau dia la yang kena macamana cabai tu kita gigit pun pedas cari air , nie kan di sapu kat tempat sulit mau menangis budak tu..manusia sekarang ni dah banyak gila kot.



KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.

"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

4 ulasan:

Unknown berkata...

ishk ! xpatut ow !

salam blogwalking.. hehe,,,
feel free join my 1st giveaway
http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/01/blog-alyanimatshah-1st-giveaway.html

Khir Khalid berkata...

Assalam.. Astagfirullah.. ini kerga org jiwa kacau... sanggup buat mcm tu..
Saya dah follow sini & like.. Salam ukhwah.. :)

Ainim Rashihah berkata...

sangat kejam

Tanpa Nama berkata...

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=277087 Cuma Klik dan Reg utk jana pendapatan sampingan...mana tahu rezeki anda.