Khamis, 17 Oktober 2013

Movie Review : Insidious Chapter 2

Insidious – Chapter 2 Poster.jpg

James Wan | Pengarah kelahiran Sabah yang sedang mendapat nama dikalangan orang di Hollywood kembali ngan karya seram terbaru Insidious2 selepas kehebatan filem The Conjuring arahan beliau mendapat sambutan hebat. Insidious 2 merupakan sambungan kepada filem dengan tajuk yang sama pada tahun 2011.

James Wan

Filem nie dibintangi oleh Patrick Wilson yang juga pernah berlakon "The Conjuring". Filem nie juga dibintangi oleh Rose ByrneLin ShayeTy Simpkins dan Barbara Hershey. Mengisahkan tentang seorang budak Josh memiliki keistimewaan yang membolehkan dia mengembara ke alam mati ketika tidur. Malangnya keistimewaan Josh menjadi tarikan kepada entiti jahat yang ingin memiliki badan Josh. Elise seorang pakar paranormal dan Carl cuba menyelamatkan Josh dengan membuatkan Josh lupa tentang kebolehan dia dan ingatan Josh terhadap entiti tersebut. 


Malangnya selepas dewasa perkara yang sama berulang kepada anak Josh.Menyebabkan Elise terbunuh dan Josh diambil alih oleh entiti jahat tersebut. Bermulalah bagaimana keluarga Josh mencari jalan untuk kembali normal seperti keluarga biasa.

KucingHitam rasa James Wan pandai memanipulasikan situasi seram dan disulam dengan sedikit kelakar . Sinemotografi juga membolehkan penonton dapat membayangkan situasi yang diharungi oleh pelakon. Kalau dibandingkan dengan "The Conjuring" mungkin KucingHitam akan pilih The Conjuring lagi. Elemen seram dlm Insidious agak kurang cuma mungkin kita mungkin terkejut tapi seram tak ada kot..



P/S: Hairan gak time tengok movie seram kat pawagam sure ada yang sembang naik nyampah macam nak bagi kasut ja kat muka tu tambah2 akak2 tu kalo takut xyah la tangok kacau orang nak fokus jer. Pastu bila terkejut gelak la plak aish mcm adegan tu lawak psiko ker...





3 ulasan:

KongsiBlog berkata...

macam best je citer ni.. biase orang yang takut hantu suke citer hantu ni.. hehe

Long Cham berkata...

boleh la lain org lain citarasa

Jee Fairuz Joe berkata...

Nak pegi tengok weekend ni...hehe...