Memaparkan catatan dengan label MOVIE. Papar semua catatan
Khamis, 17 Oktober 2013

Movie Review : Insidious Chapter 2

Insidious – Chapter 2 Poster.jpg

James Wan | Pengarah kelahiran Sabah yang sedang mendapat nama dikalangan orang di Hollywood kembali ngan karya seram terbaru Insidious2 selepas kehebatan filem The Conjuring arahan beliau mendapat sambutan hebat. Insidious 2 merupakan sambungan kepada filem dengan tajuk yang sama pada tahun 2011.

James Wan

Filem nie dibintangi oleh Patrick Wilson yang juga pernah berlakon "The Conjuring". Filem nie juga dibintangi oleh Rose ByrneLin ShayeTy Simpkins dan Barbara Hershey. Mengisahkan tentang seorang budak Josh memiliki keistimewaan yang membolehkan dia mengembara ke alam mati ketika tidur. Malangnya keistimewaan Josh menjadi tarikan kepada entiti jahat yang ingin memiliki badan Josh. Elise seorang pakar paranormal dan Carl cuba menyelamatkan Josh dengan membuatkan Josh lupa tentang kebolehan dia dan ingatan Josh terhadap entiti tersebut. 


Malangnya selepas dewasa perkara yang sama berulang kepada anak Josh.Menyebabkan Elise terbunuh dan Josh diambil alih oleh entiti jahat tersebut. Bermulalah bagaimana keluarga Josh mencari jalan untuk kembali normal seperti keluarga biasa.

KucingHitam rasa James Wan pandai memanipulasikan situasi seram dan disulam dengan sedikit kelakar . Sinemotografi juga membolehkan penonton dapat membayangkan situasi yang diharungi oleh pelakon. Kalau dibandingkan dengan "The Conjuring" mungkin KucingHitam akan pilih The Conjuring lagi. Elemen seram dlm Insidious agak kurang cuma mungkin kita mungkin terkejut tapi seram tak ada kot..



P/S: Hairan gak time tengok movie seram kat pawagam sure ada yang sembang naik nyampah macam nak bagi kasut ja kat muka tu tambah2 akak2 tu kalo takut xyah la tangok kacau orang nak fokus jer. Pastu bila terkejut gelak la plak aish mcm adegan tu lawak psiko ker...





Selasa, 15 Oktober 2013

Movie Review : Escape Plan


Filem aksi arahan pengarah Mikael Håfström nie menampilkan dua hero yang tak perlu diperkenalkan lagi masing2 dah establish sebagai ikon dalam genre filem aksi iaitu Sylvester Stallone (Rambo) dan Arnold Scwarzenegger @susah nak eja hehe (terminator). Mereka pernah digandingkan dalam filem Expendables 2.


Filem nie mengisahkan Breslin (Sylvester) seorang pakar structur penjara yang menguji tahap keselamatan dan jika penjara boleh dibolos. Bermula bila dia diminta menguji sebuah sistem penjara terbaru iaitu 
"the tomb" yang dibiayai oleh organisasi yang sulit. Breslin di tawan di penjara tersebut dan bertemu dengan Rottmayer (Arnold). Mereka bekerjasama untuk cuba melarikan diri dari penjara yang dianggap sempurna..

Aksi memang terbaik walaupun kurang letupan.Kucinghitam suka lakonan si Arnold memang kelakar kalau dia buat lawak walaupun muka selamba badak ja.. Sylvester memang pelakon action dari zaman rambo lagi so bagi kedua2 pelakon nie meang filem nie adalah makanan diorang la. Kucinghitam suka filem ni memerlukan penonton untuk berfikir bagaimana proses seorang pakar memikirkan strategi untuk melarikan diri.. filem nie walaupun di klasifikasi kan sebagai 18pl tapi masih boleh ditonton oleh sekeluarga sebab tak da yang keterlaluan bagi kucinghitam.



P/S: raya2 haji nie kalau tak da plan pi la tengok ESCAPE PLAN :P 4/5 star




Sabtu, 12 Oktober 2013

Movie Review : Gravity 2013


Gravity diarahkah oleh pengarah yang pernah dicalonkan di Oscar, Alfonso Cuaron yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Sandra Bullock dan dibantu oleh George Clooney. Mengisahkan kepayahan Dr Ryan Stone lakonan Sandra Bullock seorang juruteknik perubatan dalam misi angkasa beliau yang pertama bersama dengan angkasawan Matt Kowalsky ( George Clooney) yang bermatian bertarung dengan situasi hidup dan mati bila mereka dilanda bencana akibat satelit Rusia yang ditembak. Dari situ bermula la bagaimana Dr Ryan Stone mencari jalan untuk pulang ke bumi.


 Kucinghitam ngaku masa mula2 nak tengok movie kucinghitam agak skeptikal sikit sebab ada ura2 mengatakan movie boring sebab pelakon yang hanya 2 orang ditambah pulang adegan terapung di angkasa.
Tapi selepas menyaksikan Kucinghitam rasa WOW! nice grapik cantik sangat bila tgk pemandangan bumi walaupun ianya CGI.  Lakonan Sandra Bullock memang terbaik la Kucinghitam memang minat dia. So tak rugi kalau korang pergi tengok.

Durasi : 1 jam 31 min
Genre : Sains Fiksyen & Fantasi
Kutipan hingga sekarang : USD 55.8 M
Rabu, 9 Oktober 2013

Movie Review : Cloudy With A Chance of Meatballs 2


Filem animasi terbitan Sony/ Screen Gem nie merupakan sambungan filem dengan tajuk yang sama pada tahun 2009 yang merupakan boxoffice. Cerita yang sebelum nie mengisahkan Flint Lockwood yang mencipta sebuah alat yang mampu menghasilkan makanan dari air dan berakhir dengan tragedi taufan spageti meatballs. Filem sambungan nie menyambung bahagian di mana Flint dan rakan2 selepas kejadian taufan tersebut yang mana alat ciptaannya terselamat dan telah menghasilkan makanan yang menyerupai haiwan @ benda hidup.


Antara Pelakon yang menyumbangkan suara untuk filem ini adalah 
 Bill Hader (Flint Lockwood), Anna Faris (Sam Sparks), Terry Crews (Earl Devereaux), Kris Pearn (director), and Cody Cameron (director).

Kucinghitam suka watak2 makanan yang diberi nafas sebagai hidupan yang boleh berjalan seperti binatang. Antara nya barry- strawberry yang ditemui oleh Flint dan rakan2 ketika mula2 sampai dia pulau Foodnimal. Jalan ceta filem nie memang ohsem tak rugi korang pi tengok. Konflik bermula bila bakal majikan Flint iaitu Liv Corp mengarahkan beliau utk mencari dan menghapuskan alat mencipta makanan.



Grapik seperti biasa terbaik flawless gitu..jalan ceta yg kelakar dan tak ada yang membebankan kepala otak korang so kalau stress korang pi tgk gelak2 hilang stress. Yang paling Kucinghitam suka tentang filem nie background and rekaan watak memang cantik and so cute hehe...

P/S: Teringat akak seat depan tu sikit2 waaa cute nyer bila nampak strawberry nie hehe...


Rabu, 2 Oktober 2013

MOVIE REVIEW : KL GANGSTER 2

Walaupun sebulan sebelum filem terbitan Skop Production nie ke pawagam dah ramai yang telah menonton dari sumber cetak rompak kan..Tak dinafikan Syamsul Yusof merajuk bertempat bukan murah kos pembikinan filem KL GENGSTER 2 nie tambahan pulak produksi yang terlibat besar memang ralat la kalo orang dah tengok sebelum ke pawagam.

Tadi Kucinghitam sempat menonton filem KL GENGSTER 2 ni not bad memang berbaloi pi tengok kat pawagam kira trailer dia tak tipu penonton macamana korang tengok trailer dia macam tu la. Mengisahkan kehidupan Malik (Aaron Aziz) sebelum masuk penjara kira filem nie prequel untuk file KL GENGSTER la. 


Bagi KucingHitam tabik kat Sofi Jikan walaupun sebagai tambahan ja tapi watak dia memang hidup.. filem nie juga merupakan "comeback" bagi otai hero melayu Rosyam Noor memang kalo korang tengok korang akan teringat zaman filem lenjan hehe watak antogonis yang jarang beliau bawa. Aaron Aziz dan Adi Putra memang xpayah cakap memang terbaik penuh feel.. Tapi watak fadil tu macam menyemak ja haha bagi Kucinghitam la..



So bagi yang dah tengok or belum tu jom ke pawagam wei sumpah xrugi..support la filem Malaysia kalau bukan kita sapa lagi kan.

P/S: Kucinghitam bagi 4 Bintang 
Isnin, 10 Jun 2013

LIFTING KING KONG TERBAIK!



Tadi KucingHitam layan movie korea kat tv9. Tajuk lifting king kong, walaupun tajuk nyer ada king kong tak bermakna kena ada king kong. Memang terbaik, mula mula KucingHitam ingat movie nie rekaan layan la. Lastly dapat tau filem nie adaptasi dari kehidupan seorang jurulatih angkat berat korea , Lee Ji-Bong. Macamana dia mengajar sekumpulan budak perempuan menjadi atlit angkat berat yang berjaya, sampai la salah seorang dari anak didik dia Park Young-Ja ke Olimpik Beijing 2008. 

Antara pelakon filem Lifting King Kong
Sepanjang jalan cerita filem nie memang best. Macamana pengarah menunjukan suka  duka budak2 perempuan nie dalamsukan angkat berat. KucingHitam paling terasa time jurulatih diorang mati tengah jalan masa nak bagi surat kat diorg akibat sawan dan serangan jantung. Rasa kat Malaysia masih belum ada lagi filem macam nie. Banyak pengajaran leh ambik dari filem korea nie. Kalo rajin try la cari kat youtube tue.

nie gambar jurulatih Lee Ji-Bong ngan anak didik dia

Khamis, 6 Jun 2013

TERKENANG ZAMAN SEKOLAH DENGAR HINDUSTAN

ADUH, TETIBA KUCINGHITAM TERINGAT ZAMAN-ZAMAN SEKOLAH DULU BILA TENGOK FILEM HINDUSTAN SEMALAM KAT TV2- AA AB LAUT CHALEN. YE LA TIME SEKOLAH DULU TV TAK DA SO LAYAN LA RADIO. TIME TUE PLAK RADIO THR TENGAH POPULAR DENGAN PROGRAM HINDIPOWER KAN DJ ANDY HAKIM.

FILEM LAKONAN JELITAWAN AISHWARYA RAI DENGAN PELAKON KACAK AKSHAYE KHANNA MEMANG BEST. LAGU2 DALAM FILEM TUE SEMUA SEDAP. ADUH BEST PLAK LAYAN LAGU HINDUSTAN MALAM-MALAM NIE. TETIBA RASA ROMANTIK JA HEHE.

CETA MOVIE MEMANG BEST. MACAMANA SEORANG LELAKI DATANG KE NEGARA ASING SEBAB NAK CARI KERJA, BERTEMU NGAN GADIS YANG JATUH HATI NGAN DIA. TAPI DITOLAK SEBAB NAK KAYA DENGAN KAWIN ANAK ORANG KAYA. LAST2 BARU LA DIA TAU SAPA YANG DI CINTA.

TAPI PALING BEST TUE LAGU2 AA AB LAUT CHALEN ADUI MEMANG RASA BALIK ZAMAN SEKOLAH JA HUHU. MEREMANG BULU ROMA.
SEBAB TU RAMAI MINAT LAGU HINDI SEBAB ROMANTIK PASTU EVERGREEN JA MACAM LAGU P.RAMLE.

LAGU NIE BEST TENGOK AISHWARYA RAI GOLEK HEHE

TAPI KILLER SONG SURE MOVIE TITTLE SONG
TAPI DALAM LAGU NIE XDA PLAK TUKAR2 BAJU HEHE.


Jumaat, 31 Mei 2013

KIL - FILEM MELAYU YANG WAJIB TONTON


SEMALAM START TAYANGAN FILEM KIL LAKONAN PELAKON YANG VERY SELAMBA BADAK AND TALENTED REDZA MINHAT KUCINGHITAM MINAT DIA DARI PISAU CUKUR PASTU DRAMA 90 HARI TUE WOW MEMANG TERBAIK LA LAKONAN DIA. CRISTINA SUZANNE NIE FIRST TIME TENGOK DIA DALAM DRAMA AKU DAN KOPI. NOT BAD OK GAK KIRA SEPADAN LA DIORG NIE.

SO, RAMAI YANG CAKAP FILEM KIL NIE FILEM WAJIB TONTON. SAMPAI KAWAN KUCINGHITAM SI ZAXARIES.BLOGSPOT.COM TUE PUN SAMPAI OBSES GILA HAHA TENGOK STATUS FB DIA HARI NIE PENUH NGAN TOPIK FILEM KIL NIE.

SO I GUESS MEMANG KENA TENGOK GAK NIE MACAM BEST JER KAN. FILEM NIE ARAHAN NIK AMIR MUSTAPHA. YANG KUCINGHITAM TAU CERITA KIL PASAL REDZA MENGALAMI KECENDERUNGAN UTK MEMBUNUH DIRI TAPI GAGAL SO DIA UPAH SEBUAH AGENSI UNTUK BUNUH DIRI DIA. SO KALO NAK TAU LEBIH JOM PI TENGOK KIL KAT WAYANG.