Selasa, 15 Oktober 2013

Movie Review : Escape Plan


Filem aksi arahan pengarah Mikael Håfström nie menampilkan dua hero yang tak perlu diperkenalkan lagi masing2 dah establish sebagai ikon dalam genre filem aksi iaitu Sylvester Stallone (Rambo) dan Arnold Scwarzenegger @susah nak eja hehe (terminator). Mereka pernah digandingkan dalam filem Expendables 2.


Filem nie mengisahkan Breslin (Sylvester) seorang pakar structur penjara yang menguji tahap keselamatan dan jika penjara boleh dibolos. Bermula bila dia diminta menguji sebuah sistem penjara terbaru iaitu 
"the tomb" yang dibiayai oleh organisasi yang sulit. Breslin di tawan di penjara tersebut dan bertemu dengan Rottmayer (Arnold). Mereka bekerjasama untuk cuba melarikan diri dari penjara yang dianggap sempurna..

Aksi memang terbaik walaupun kurang letupan.Kucinghitam suka lakonan si Arnold memang kelakar kalau dia buat lawak walaupun muka selamba badak ja.. Sylvester memang pelakon action dari zaman rambo lagi so bagi kedua2 pelakon nie meang filem nie adalah makanan diorang la. Kucinghitam suka filem ni memerlukan penonton untuk berfikir bagaimana proses seorang pakar memikirkan strategi untuk melarikan diri.. filem nie walaupun di klasifikasi kan sebagai 18pl tapi masih boleh ditonton oleh sekeluarga sebab tak da yang keterlaluan bagi kucinghitam.



P/S: raya2 haji nie kalau tak da plan pi la tengok ESCAPE PLAN :P 4/5 star




1 ulasan:

Unknown berkata...

Pelakon legend ni rugi kalau tak tgok..hujung minggu kot bo tgok ni..

Kurang letupan? cut budget kot...bnyak kos nnt haha