Memaparkan catatan dengan label isu cinta. Papar semua catatan
Rabu, 5 Mac 2014

Apa Korang Buat Lepas Break

Putus cinta... pasti ramai yg pernah lalui cuma berapa kali mungkin bilangan bagi kita adalah berbeza. Tapi KH nak tau gak apa yang korang buat lepas break off... adakah korang masih berharap si dia akan rindui dan kembali kepada korang..korang masih lagi like dan komen facebook si dia.. tau korang menjadi stalker kerana terlalu obses dengan si dia?

Bagi KH, KH klau leh xnak dah belek media sosial lepas break sebab takut sedih baik jauhkan diri buat sementara waktu... tapi jangan la sampai bermusuhan plak lebih baik kalau masih berkawan...

Ahad, 2 Mac 2014

Bila Manusia Lupa Janji

Kadang kadang kita lupa segala janji yang kita taburkan pada si dia bila si dia dah kita miliki. Sebelum dapat berbagai janji ditaburkan tapi bila dah berjaya menambat hati si dia kita jadi lupa, lupa dengan janji manis yang pernah ditabur. Kenapa perkara nie sering berlaku? Kenapa manusia kerap melupakan janji konon tiada selain dia tapi hakikatnya di belakang hanya tuhan sahaja tahu apa dibuatnya..sudah lupakah betapa payahnya nak menambat hati org yang pernah korang sanjung tapi kenapa sesudah dapat korang abaikan hanya kerana alasan jemu...ingatlah cinta pada rupa tak tahan ia akan dimamah usia tua. Cinta harta hanya di dunia. Sesungguhnya cinta yang datang dari hati yang suci kekal abadi...

Selasa, 11 Februari 2014

Toreh Tangan Sebab Putus Cinta


Perlu ka nak toreh2 tangan tue sampai berdarah pastu berparut? Memang la sakit kalau putus cinta tapi jangan la buat kerja yang menampakan kebodohan diri sendiri, kalau ko bunuh diri sekali pun belum tentu dia akan rasa menyesal mungkin dia akan lagi seronok sebab tak payah nak layan kerenah korang lagi. Tak payah la nak seksa diri sendiri kalau orang dah xnak biarkan la kenapa korang perlu nak sakitkan diri sendiri, kalau korang sakit pun dia sikit pun tak kisah ni kan pula nak bagi dia rasa bersalah memang xla.. sebaik2nya ambik wuduk solat hajat minta pertunjuk lebih elok.. KH ngaku ada time kita akan rasa nak ja buat benda yang macam nie tapi tak payah la ingat ALLAH hidup nie terlalu singkat nak korang buang macam tu ja untuk orang yang xpernah nak hargai korang.. better bercinta dengan ALLAH 
Sabtu, 8 Februari 2014

Lebih Baik Berkawan Dari Berkasih

Memang sakit hati terasa hidup seakan tiada makna dah kan bila orang kita sayang seperti menatang minyak yang penuh mula berpaling arah dari kita dengan alasan tiada lagi rasa cinta untuk kita walaupun kita sendiri dah memberi semua kepercayaan kepada si dia. 

Bagi KH selepas putus cinta memang banyak memberi pengajaran tentang cinta. Bagi KH bila putus cinta memang kita rasa dikhianati tapi bila korang dah sejuk akal dah tenang korang akan sedar kalau si dia dah berubah hati biarkan lah dia tu pilihan dia baik buruk nanti dia sendiri tanggung. Tapi KH masih berkawan ngan dia sebab kenapa perlu berdendam kan. Soal hati ni sulit sukar nak kita mengerti. Bila kita berkawan dari berkasih mungkin lebih indah rasa dari memutuskan silaturahim...
Rabu, 29 Januari 2014

Wordless Wednesday : Seksanya Merindu

Khamis, 23 Januari 2014

I'M BACK!


KH dah ok dari serangan kes cinta huhu.. yang pasti segala nya ada hikmah disebalik kejadian itu. Apapun KH tak simpan dendam ngan dia..still berhubung. Korang yang cakap apa barang jiwang2 kan haha korang tak kena korang tak rasa, as simple as that. Sebab tu banyak suka cakap tapi bila kena terus diam baru la time tue nak paham kan. ALLAH lah kekasih sejati setiap makhluk di alam nie DIA tak pernah meninggalkan kita walaupun kita jauh terpesong selagi pintu taubat masih terbuka. Kalau manusia KH tak berani nak cakap sebab bukan semua setia dan bukan semua curang bergantung pada pegangan masing2. Tapi yang KH tau kalau korang nak pasangan korang setia jujur ngan korang, korang pun kena gak buat benda yang sama jangan harapkan orang setia tapi sendiri playboy/girl nampak orang hensem skit comel skit terus dup dup katanya.. rupa tak kemana makin hari makin dimamah usia tapi hati nie sampai mati kalau kita saling sayang menyayangi. Insya Allah.

P/S: suka lirik lagu meraung new boyz memang kena ngan KH haha..


Isnin, 20 Januari 2014

Tension Tension


ASSALAM| Maaf KH dah 2 hari tak update blog akibat putus cinta :'( memang sangat sakit bila orang yang kita sayang dengan senang mengukap kata putus kan... walaupun situasi dan jarak menjadikan masalah yang sangat besar dalam setiap perhubungan. Ntah la KH nie mental ka apa bila cakap nak terima dia balik asalkan dia sanggup terima KH balik walaupun KH tau dalam hati dia memang dah bertahta seorang lelaki yang berjaya menawan hati dia. KH terstalk IG dia tadi its really hurt kenapa dgn si dia yang baru boleh ja dia bergambar berdua sedangkan kau pernah mengatakan sayang dan cinta tapi diriku kau sembunyikan dari pengetahuan orang. 

Adoi kenapa la gatal pi buka IG dia huhu..tension2..
semalam KH rasa dia mungkin rasa marah dan bengang ngan KH sebab asyik bangkitkan kenangan2 indah yang pernah kami lalui bersama. For I easier to breakoff if i am madly angry with but i wasnt i really hard n hurt more because I DO LOVE U FULLY..
Sabtu, 18 Januari 2014

Hatiku Hancur Lagi


HANCUR| Malam nie hatiku betul2 hancur lepas si dia yang aku sayang cakap perasaan cinta dan sayang dia dah makin hambar selepas bertemu seorang yang lebih dekat jaraknya lebih memahami lebih prihatin terhadapnya. Adakah aku kurang memberi perhatian terhadap dirimu sayang. Kesalahan ku cuma jarak yang memisahkan kita. Aku tahu kau perlukan sorang yang sentiasa ada si sisi untuk berkongsi masalah tapi adakah aku pernah membiarkan kau seorang ketika dilanda masalah..kesal, tapi apa yang boleh aku buat kau dah mengucapkan kata putus aku tak berdaya menahan sebak hanya mengigil ketika mendengarnya..

Hancur hati KH nie belum sempat setahun dah si dia rasa tak serasi..adakah salah KH kerana dia berubaha arah ..ya ALLAH kuatkan la hati hamba mu ini..