Memaparkan catatan dengan label bajet 2014. Papar semua catatan
Sabtu, 2 November 2013

81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini

bajet 2014

PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
   
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
   
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
   
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
   
"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
   
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
   
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
   
Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
   
"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.  - Bernama
Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet 2014 Jerat Golongan Pendapatan Rendah

Azmin Ali
Banyak yang tak puas hati selepas PM memeperkenalkan Cukai Barangan & Perkhimatan (GST) sebanyak 6%. Lepas nie akan meggi jer la jimat sikit.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat golongan berpendapatan rendah.


Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.

“Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.

“Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.

“Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak,” katanya.

Gula Naik Harga 34sen Esok


HARGA NAIK | Harga gula naik lagi selepas subsidi gula diturunkan sebanyak 0.34sen dan pelaksanaan GST sebanyak 6% yang telah dibentangkan dalam bajet 2014 semalam. Sedih gak la dengar kan sebab baru ja minyak naik nie gula naik alamat nyer xkuar la makan kat luar. Tahun depan plak GST 6%.

Harga gula sekarang dalam RM2.50 bagi setiap kilo yang KucingHitam tau la. So lepas nie naik 0.34sen maka harga terbaru bagi setiap kilo gula adalah RM 2.84 la. Lepas nie semua kena la kurangkan gula kalau raya bagi jer air kosong lebih sihat dan tak da penyakit.

Pemimpin cakap rakyat kena berbelanja secara berhemah supaya tak berlaku pembaziran tapi.....
Lepas nie dok rumah beli brang duk umah masak makan tak yah kuar makan luar dah hehe duit lebih masuk tabung kelapa tapi bila sampai hujung bulan parah..
Jumaat, 25 Oktober 2013

Pembentangan Bajet 2014 secara langsung (live)

Pembentangan Bajet 2014 251013

Pembentangan Bajet 2014 | Kucinghitam rasa ramai yang tertunggu2 bajet untuk tahun 2014. Semestinya kakitanggan kerajaan la yang paling ternanti2 kan. Kita sebagai rakyat pun nak gak tau apa yang kerajaan sediakan untuk bajet 2014 bagi sesiapa yang ingin menyaksikan pembentangan bajet 2014 secara live KucingHitam letakan beberapa link streaming.


Perbentangan Bajet 2014 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 25 Okt 2013 (Jumaat) pukul 3.05 petang.

Stesyen televisyen seperti RTMTV3NTV7ASTROTV AL HIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2014 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2014. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di www.treasury.gov.my

Teks Ucapan Bajet 2014 dan laporan Ekonomi 2013/2014 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013.

Selain daripada itu, Bajet 2014 juga boleh diakses melalui: :

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut: