Memaparkan catatan dengan label VMY2014. Papar semua catatan
Khamis, 27 Februari 2014

KucingHitam Masuk Zoo Taiping


Hari ahad yang lepas KH sempat jalan2 makan angin sekejap kat Taiping, Perak, tempat paling lembab kat Malaysia. Apa yang best kat situ sure la Zoo Taiping yang femes ngan Night Safari kan. KH pun 1st time pi sebelum ni xpernah masuk zoo lagi walaupun...pernah pi petting zoo kat Tambun Lost World tue. Klao dilihat dari luar memang kurang orang skit walaupun hari minggu..

Harga tiket masuk untuk dewasa RM16 untuk siang dan RM20 untuk Night Safari. Agak2 korang berbaloi ka tak?

Bagi KH agak tak kot sebab banyak binatang tak ada, banyak sangkar yang kosong tak terjaga..ada gak kes binatang dicampurkan sekali ,acam kes ada rusa dikurung sekali dengan sekawan badak sumbu. Rusa tue plak seekor KH tgk dia macam kesian tak ada kawan yer la dah la seekor pastu dok ngn badak sumbu plak tue..

Ada sebahagian zoo yang agak tak terurus dan beberapa  tandas yang kelihatan rosak..sempena tahun melawat Malaysia 2014 KH harap pihak pengurusan boleh la mempertingkatkan mutu kebersihan zoo Taiping..

P/S: Bayaran untuk gambar pun RM30 agak tak berbaloi sebab sekeping tanpa bingkai...

Selasa, 28 Januari 2014

Tak Puas Cuti di Langkawi


KH dh atas ferry nak pi Kuala Perlis nie..yang boleh simpulkan KH tak puas lagi 3hari 2malam terlalu singkat utk bercuti sambi berseronok di Langkawi.. apapun banyak kenangan yang KH dapat selama di sini.. nanti KH update yer pasal Langkawi ok...

Ahad, 26 Januari 2014

Ambik Angin Pulau Mahsuri

Hari nie dengan secara gamble nyer KH plan nak pi jalan2 makan angin ke Pulau Langkawi, Pulau Lagenda ynag femes dengan lagenda Mahsuri. Dengan xplan apa2 bangun pagi packing ala kadar ja terus kuar umah, ko berani macam tue adoi gila  tak gila KH dh dalam feri nak pi Langkawi 3hari 2malam. So i heading to chocolate haven guys wah nak borong n borong coklat banyak2. Nanti KH update lg k..


Rabu, 4 Disember 2013

Mee udang Segar di Pulau Aman Pulau Pinang

Hari nie KucingHitam berpeluang ke Pulau Aman, Pulau Pinang. Sebuah lokasi yang terkenal dengan menu makanan laut yang segar dan speciality diorang mee udang dan udang stim. Bertolak dari pulau ke pulau aman dalam 30min ja melalui jalan Stadium Batu Kawan. Dalam perjalanan tadi ada la sekawan lembu terlepas leh jalan atas jalan tue mana la tue dia leh lepas lembu mcm tue ja....
Dah sampai kat Jeti Pulau Aman parking RM2.00 korang kena tngu bot dari Pulau Aman untuk ke seberang bayaran dalam RM6.00 untuk dewasa bagi perjalanan pergi dan balik. So sampai terus jalan ke restoran mee udang. Kat sini korang seflservice hehe macam O kafe tue korang kena isi korang nk makan apa.
Menu yang ditawarkan Mee Kuah Udang dan Mee Goreng Udang RM6.00 dan RM10.00 untuk yang special. Air plak sejug RM8.00 KucingHitam order Mee Kuah Special, Air Asam Lemon dengan udang stim sekilo yang berharga RM55.00/kilo. Kali niesaiz udang memang besar2 macam naik kenyang plak nak habiskan udang sekilo nie..
Bagi kkrang suka makan seafood nie tambahan yang fanatik udang leh try datang dan menjamu selera kat Pulau Aman nie tak rugi sebab udang2 dia segar dari laut..klo korang tak tau gak leh roger KH leh jd tour guide asal dibelanja makan hahahah..
Jumaat, 15 November 2013

#VMY2014 KucingHitam ke Cameron Highland Part 2


Hari tue KH just sempat ceta time chek in hotel kt Brinchang ja kan.. so kali ni nk ceta pasal aktiviti hari 1st plk. So lpas makan dlm hotel tue kitorang pi Big Red Strawberry yang ada byk bunga n perhiasan tue... banyak gak la orang sebab hujan org mcm stuck la..

Alang2 dlm kt tempat byk bunga kita pose la dulu kan haha walaupun bkn mat bunga keh2...
Lepas tue KH pi plak kat tamam rama2... harga tiket utk dewasa RM5 dan budak bawah 11 tahun RM2.. time tue hujan kot pastu nk masuk taman tu kena turun tangga licin la sbab basah kan.. so masuk bilik rama2 tu mak ai banyak nya rerama besaq2 plak tue bak hang...yang mati tu pun banyak tapi still cantik kira mati ala2 ayu giteww hihi...

Settle tengok rama2 KH pi tengok reptilia lak kt luar tue..kumbang2 serangga semua besaq2... tapi yang paling best tue ada katak bertanduk tp KH xdpt snap pic dia sbb nyorok dlm kayu..

Lepas tue tgk jam dah 5ptg eh lama gak kt taman nie. So KH n family gerak pi pasar malam kt Brinchang tu..yela la beli makanan nnt malam malas nk kuar dah kan so jejalan la cari mkn...

KH beli bakso RM4 ok sedap gak bakso dia yela sejuk2 dpt hirup sup panas yummm...pastu beli ayam goreng berempah seketul RM3 kira ok la besar gak..so tue la aktiviti 1st day kat Cameron Highlands..
Rabu, 13 November 2013

#VMY2014 KucingHitam ke Cameron Highlands

Last week KucingHitam sempat luang masa cuti2 Malaysia. Sempena tahun melawat Malaysia 2014 kat #vmy2014. Seperti yg korang tau cameron highlands baru ja kena musibah banjir kt Sungai Bertam. Tapi time KH pi dah ok dah dh mcm biasa dah aktiviti atas tue.

So start bertolak dari Penang dlm pukul 8pagi berenti breakfast kat Bukit Merah dlm pukul 930 pagi..sampai kt Cameron Highlands dlm pukul 12. So KH cari hotel area Brinchang ja sebab situ meriah sikit dari Tanah Rata hihi...

Ok la rate bilik untuk 2 masterbed RM158 kira boleh la sebab hari sabtu kan memandangkan hari jumaat,sabtu dan ahad org cuti so harga pun up skit..
So kitorang berpicnic dalam bilik hotel tue jer sebab mama dh masak nasi dari umah lauk ayam rendang, daging sambal ngan gulai ikan kering yummmm dap korang sejuk tu makan mcm tue...

Nanti KH sambung lagi rombongan ke Cameron Highlands hihi..

Isnin, 4 November 2013

MURAH! MURAH! PASAR KEMBOJA SYURGA BELI BELAH TUDUNG #VMY2014



"WOW! CANTIK2 TUDUNG TUE, ADA 3 LAYER ADA 2 LAYER ADA PASADENA ADA SELENDANG, NAK! NAK! NAK!"

SURE BANYAK PEREMPUAN YANG BERTUDUNG MACAM TUE HAHA.
ASAL NAMPAK TUDUNG PATTERN BARU PASTU FESYEN BARU DAN MURAH SURE NAK BORONG SEMUA KAN.

ANTARA GERAI YANG MENJUAL TUDUNG DAN AKSESORI TUDUNG.
SAPA YANG NAK TAU KAT MANA NIE.SURE AKAK2 SEMUA NAK KAN HEHE.. PASAR KEMBOJA NI TERLETAK KAT DAERAH SEMPADAN NIBONG TEBAL NGAN PARIT BUNTAR PERAK. KUCINGHITAM PUN 1ST TIME PI SBAB MAKCIK2 NIE NAK BORONG TUDUNG KATA DEPA. MEMANG BORONG BETUL HAHA.

TENGOK MAIN LONGGOK JA KAN LAGI MURAH DARI BELI ONLINE HEHEHE
SURE TUDUNG ONLINE MARAH KUCINGHITAM LEPAS NIE. MEMANG MURAH KALO PANDAI TAWAR MENAWAR PASTU LEH CAMPUR LAGI.

ROMBONGAN AVANZA PULAU PINANG KE PASAR KEMBOJA,
BORONG TUDUNG HAHAHA..


GILA BESAR PASAR KEMBOJA NIE. PASTU YANG BORING NYER SEMUA GERAI JUAL MENDA SAMA IAITU TUDUNG AND BARANG2 PEREMPUAN. KUCINGHITAM XLARAT NAK JALAN HAHAHA..LAST JUMPA KEDAI MAKAN APA LAGI TUNGGU LEPAK LA SAMBIL TNGU MAKCIK2 SHOPPING. DIORANG KALO NMPAK TUDUNG MEMANG RABUN MATA.

YEAH APOM BALIK DIA TERBAIK RANGGUP. ADA MEE REBUS GAK 
SAPA NAK TAU HARGA TUDUNG2 KAT SINI SEURAH 10RINGGIT UTK SELENDANG DAN 20 RINGGIT UNTUK 3 LAYER TUDUNG 15 UTNUK 2 LAYER. SO SAPA NAK CARI TUDUNG LEH LA PI PASAR KEMBOJA NIE
TAPI PEREMPUAN JA LA KLO LAKI SURE BORING SBAB SEMUA TUDUNG JA.