Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan
Rabu, 26 Jun 2013

SEO KUCINGHITAM NO.3 DI GOOGLE SELEPAS ABG NARA


SEO MASTERCHEF SYURA KUCINGHITAM

TERKEJUT | Adoi terkejut kucinghitam tadi buka dashboard baru pukul 11 dah 500view walaupun ini adalah perkara biasa bagi kebanyakan blogger yang otai kan tapi kucinghitam baru nak menapak gitu hehe..
memang terkejut la pastu macam betul ka ni ka blogger ni xrefresh dari semalam ni kan. Rupanya sebab SEO masterchef selebriti yang membantu. Bukti kucinghitam di No.3 cari untuk masterchef selebriti 2 yang Syura menang semalam. Hehe walaupun baru dok belajar selok belok SEO yang memeningkan kepala nie, Alhamdulillah tak banyak sikit pun jadi la. Tak cuba tak tahu kan.

MASTERCHEF KUCINGHITAM

Trafik dari pakcik google.com.my paling banyak pastu google.com kalau hari2 macam ni kan best baru la seronok nak update blog hehe..berangan la. Tak pa usaha tangga kejayaan. Branding tu penting cakap Abg kacak kita.
 
Rabu, 12 Jun 2013

BERADU SEO MELAYU BOLEH SIAPA LAGI HEBAT

KATA HANG TUAH "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

YEAH! Seperti yang sedia maklum "CONTEST SEO MELAYU BOLEH" anjuran BeritaKakiOnline telah pun bermula. Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh EcaJomStadiAkma OmarAkuPenghiburCikLaliliAsyrofStudioBoni KacakMenulisMencontengFuh [dot] MyMedia SiberGempak [dot] orgGilerKentangNurmujahidah, & Pelik [dot] My.



Pada pendapat KucingHitam memang bagus contest sebegini diadakan, tabik la kat BeritaKakiOnline sebab terfikir nak adakan contest nie. Pihak BeritaKakiOnline memang alert dengan isu penyebaran bahan porno di alam maya a.k.a INTERNET. Selain memberi kesedaran betapa buruknya bahana penyebaran bahan porno blogger seperti kita juga dapat menghindarkan benda sebegini dari belaku. SEO " MELAYU BOLEH" memang menjadi kata kunci bagi insan yang mencari kepuasan nafsu. 
Malaysia boleh!
KucingHitam rasa kita selaku blogger dapat lakukan sesuatu. SEO "MELAYU BOLEH" sepatut nya harus digunakan secara positif. KucingHitam rasa la kan ayat nie mula diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed sekitar 90an. Time tu rasa sukan badminton Piala Thomas. Perkataan bukan la melayu boleh! tetapi Malaysia boleh. Ops maafkan saya hehe..


Walau apapun perkataan melayu boleh sepatutnya menjadi pembakar semangat bukan sekadar penyalah gunaan untuk manusia yang rakus dengan nafsu. Melayu boleh, ya memang melayu boleh tapi boleh apa itu bergantung kepada persepsi masing-masing. KucingHitam rasa banyak blogger kacak , hensem dan cun yang setuju kan hehe..apapun kucinghitam sangat memuji buah fikiran  pihak BeritaKaki Online dan penaja.
Harap lepas nie Melayu Boleh bukan sekadar topeng untuk laman yang tak senonoh. Jom ramai kita paksa Pakcik GOOGLE!