Memaparkan catatan dengan label JENAYAH. Papar semua catatan
Jumaat, 24 Januari 2014

Muka Pembunuh Budak Berumur 2 Tahun


Kenapa manusia sekarang semakin hari semakin tak ada perasaan. KH kadang pun serik nak percaya kat orang dah nampak ja baik tapi belakang ntah apa la yang dicakap pasal kita. Tapi kalau macam kes adik Nursyafiqah Abdullah, 2 tahun yang dibunuh secara kejam memang membuat bukan KH tambahan sapa saja yang mengikuti kes nie rasa sebak dan macam nak cincang2 ja pembunuh tue. Apa la salah budak 2tahun tu dunia pun dia tak kenal lagi. Di atas tu suspek yang ditahan oleh pihak polis bersama ibu kepada mangsa. Kalau dilihat macam kaki pit ja mental pun ada. Alangkah bagus nya hukum hudud dijalankan. Semoga Arwah adik Nursyafiqah tenang di jannah amin...
Jumaat, 17 Januari 2014

RM2000 Lesap Kena Curi di ATM



KESIAN| tue la careless sangat kak nie tak check betul2 time nak beredar dari ATM tue. KH pun pernah terkena dulu time nak bali TAB 3 hari tue kalut jer nak keluarkan duit, tapi duit tak kuar lagi tapi kad dah kuar so KH laju ja jalan, tetiba ada akak panggil "adik, nie duit nie" fuh selamat kalau tak melayang la duit nak beli tab huhu..


Tapi bagi kes KH orang tu baik kan bagi tau kalau dia senyap sure duit tu dia punya, tapi kalau korang baca kes akak kita nie, 2 ekor monyet nie selamba jer leh ambik RM2 ribu dari akaun orang lain dengan alasan rezeki konon. Yang amat dikesali sorang tu bertudung! Ko tak tau ker dalam mana2 agama pun mencuri tue berdosa terutama sekali ISLAM kalau hudu dah putus tangan tue. Tapi tak pa la macam pepatah melayu sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah juga. So dah dapat muka 2 ekor nie senang la akak kita nie nak buat polis report and tangkapan. 
Ahad, 1 Disember 2013

Budak Perempuan 14 Tahun Dirogol dan Dibunuh

Remaja dibunuh, dua adik ditemui mati

Kejam| bila seorang budak perempuan 14 tahun dirogol dan dibunuh dan 2 adik nya mati akibat lemat di kawasan sawah . Kucinghitam harap orang yang laknat tu tak terlepas seksa dunia akhirat.

ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.  

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang sebelum ini. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada  pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.

Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.

"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. - Bernama
Sabtu, 30 November 2013

Budak Lelaki 11 Tahun Rogol Budak Perempuan 6 Tahun

Malaysia catat rekod baru...
Kanak2 berusia 11thn rogol budak perempuan berusia 6thn....Kat Alor Gajah Melaka...ini bukan normal...tapi bakal jadi normal dimasa depan...Malaysia perlukan sistem perundangan yg lebih tegas....Patut ikut Acheh & Brunei. ..
Gambar Hiasan
MELAKA: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di rumah pengasuh kanak-kanak itu.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 November lalu dan laporan perubatan yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan selaput dara kanak-kanak itu koyak.
Polis kini menyiasat kes yang boleh menjadi sebagai perogol yang paling muda di negara ini.
Kedua-dua kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh pada kira-kira pukul 2 petang apabila seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 43, menyedari bahawa rumah di Alor Gajah itu senyap tidak seperti biasa.
Pengasuh itu pergi ke kedai runcit berhampiran, maka jiran tersebut memasuki rumah melalui pintu belakang dan pergi untuk menyiasat.
Secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan berkenaan keluar dari bilik dengan tergesa-gesa dengan ketika itu tidak berpakaian sepenuhnya.
"Dia menangis dan kelihatan terkejut," kata Shima.
Selepas menenangkan kanak-kanak perempuan itu di bawah, jiran telah memeriksa rumah tersebut dan budak lelaki itu, yang merupakan anak tiri kepada pengasuh kanak-kanak terbabit, bersembunyi di sebalik pintu bilik yang lain.
"Dia hanya memakai seluar," kata Shima.
"Dia memberitahu saya bahawa dia sedang bersiap untuk menghadiri kelas agama."
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, jiran yang kemudian menelefon ibu gadis itu , 35, dan menceritakan kejadian itu.
Apabila ibu meminta anaknya menceritakan apa yang terjadi, dia menjawab bahawa budak itu telah baring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat pada kemaluannya.
Ibu kanak-kanak perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.
Polis kini sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Kanak-kanak perempuan itu, merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, telah dihantar ke rumah pengasuh kerana dia merupakan seorang anak kecil berbanding adik-beradik yang lebih tua dan lebih muda daripadanya.
Dua kanak-kanak lain sedang tidur pada waktu tengah hari ketika kejadian itu berlaku.
Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Hin percaya budak itu mungkin boleh bertindak sedemikian berdasarkan apa yang telah dilihat dalam filem lucah, mungkin di Internet.
"Adalah sukar untuk mempercayai bahawa seseorang yang berusia 11 tahun boleh pergi sampai ke tahap itu," katanya.
Terdapat beberapa kes kanak-kanak meniru perbuatan buruk yang mereka telah melihat di laman web tertentu, katanya.
Mak meminta supaya penapis web dan menyekat perisian diharuskan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses laman web yang tidak sesuai seperti lucah atau lain-lain.
"Atau kita harus menetapkan umur minimum untuk melayari laman web," katanya.
Rabu, 20 November 2013

Pelajar Cemerlang Dirogol di Rumah Nenek

PENING| Budak perepuan nie sekarang berani sungguh kuar dengan orang yang baru kenal kat laman sosial kan. Asal hensem skit kacak sikit dah cair. Kalau dulu seorang budak perempuan cina dibunuh dalam bagasi nie plak budak perempuan dirogol oleh teman lelaki kononya bru kenal kat Facebook, so nak salahkan sapa...


SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sabtu, 16 November 2013

Peragut Maut Langgar Jentolak


Nie la orang cakap malang tak berbau..memang mati katak la tak sempat mnegucap dah la baru ragut hmm...bagi yang suka meragut nie tolong la cari kerja yang halal tak payah la nak buat kerja sia2 nie kang mati katak macam nie korang gak yang menjawab nanti dalam kubur

Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut di Kampung Tok Alang, Tasek Gelugor, kira-kira 5.45 petang tadi. 

Sementara itu, seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan, cedera selepas turut melanggar jengkaut itu. FOTO HM P Pinang
Ahad, 10 November 2013

Pak Guard Pembunuh Pegawai Bank Ditangkap

Alhamdulillah pak guard yang kejam bertindak menembak seorang pegawai bank ketika membuka peti besi dengan pump gun kini berjaya ditangkap oleh pihak polis. Kucinghitam pun baru dapat tau sebab gambar indon nie kena tangkap ngan polis di laman instagram. Tahniah buat pihak polis..

Rabu, 6 November 2013

Kes Pembunuhan Terkejam di Malaysia : Mona Fendi



Rasanya ramai yang kenal pasal Mona Fendi ni. Tahukah anda, Mona Fendi ni adalah seorang artis suatu ketika dahulu?

Pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris merupakan antara kes pembunuhan yang boleh dianggap paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.


Pembunuhan yang memeranjatkan negara itu berikutan penemuan tubuh Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan.

Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik.

Jika tidak kerana kecekapan polis, pembunuhan yang dirancang rapi oleh pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali sebagai Mona Fandey) serta dilakukan oleh pembantu mereka, Juraimi Husin, mungkin terlepas sebagai jenayah sempurna.


Kehilangan Mazlan, ketika itu anggota Dewan Undangan Negeri Pahang berusia 49 tahun, pada awalnya tidak banyak menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga lebih seminggu, polis mula bertindak.

Sebelas hari selepas pembunuhan itu yang terjadi antara 10 malam dan tengah malam 13 Julai 1993, polis menahan Juraimi tetapi hanya kerana dia disyaki penagih dadah.

Tetapi Juraimi kemudian membawa polis ke penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikorek keluar dari bawah lantai simen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank di sini dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara `mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap'.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah `wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam tubuh itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barang kemas.

Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot.

Mona, yang pernah menjadi penyanyi, juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.

Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.

Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi
Ahad, 3 November 2013

Warga Myanmar dicampak dalam Laut Dengan Usus Terburai


Seram| Seorang warga Myanmar diselamatkan oleh warga tempatan selepas ternampak kelibat mangsa dalam laut. Dengar kata usus mangsa terburai aibat ditikam di bahagian perut..Seram KH nasib tak gambar kan..

GEORGE TOWN 3 Nov. - Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah di bahagian perut akibat ditikam sebelum dicampak ke laut di Jeti Tan, Pengkalan Weld di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt. Ismail Idris berkata, dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30-an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang.
"Kita percaya mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam dan lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, motif serangan masih dalam siasatan dan hasil siasatan awal mendapati dua individu tidak dikenali bergegas meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan sebelum insiden itu berlaku.
Ismail berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau ketiga-tiganya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Sabtu, 26 Oktober 2013

Gambar Pengawal Keselamatan Yang Tembak Pegawai Bank


JAHANAM | "Dont Judge A Book by Its Cover" memang sesuai sangat untuk muka pak guard celaka nie. Sapa sangka muka semanis nie tergamak membunuh seorang wanita yang lemah dengan menembak kepala wanita tersebut dari jarak yang dekat. KucingHitam dapat tau yang suspek nie PATI dati Indonesia. Dah la datang tak da kebenaran mai negara orang buat dajal plak. Banyak kes2 sejak dua menjak ni melibatkan warga asing  dah rasa tak selamat dah. Kalau betl nak datang cari rezeki iya yang benaran dong!!!
Harap2 polis dapat la tangkap pak guard nie tak hidup mati pun OK!
Jumaat, 25 Oktober 2013

Kes Tikam LRT Suspek Pengamal Ajaran Sesat

Aku Hanya Menjalankan TUGAS - suspek mengamuk semalam

MENGAMUK | Seorang lelaki berusia 26 tahun mengamuk dengan menikam 4 orang mangsa di 3 tempat kejadian yang berlainan. 2 dari mangsa maut dan 2 lagi masih dirawat. Suspek dikatakan melaungkan takbir dan mengucap disyaki sebagai pengikut ajaran sesat yang tegar. Bagaimana pun housemate suspek cakap suspek nie baik tak pernah perangai pelik. KucingHitam pun risau Malaysia sekarang dah makin banyak jenayah.

Lelaki tikam 4 mangsa dalam 40 minit

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 40 minit,  seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.



Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran  ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.



Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.



Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.



Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.



Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.



Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.



"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.



Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.



"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan  berkaitan dengan ajaran yang dituntut.



"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.



"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.



Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.



"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.



Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.



Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.
Khamis, 24 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank

Pekerja bank mati ditembak

Bila orang yang diharapkan menjadi orang yang paling tak leh harap umpama harapkan pagar tapi pagar makan padi inilah yang terjadi bila pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaga keselamatan bank dan kakitanggannya menjadi pengkhianat dia sanggup menembak seorang kakitanggan bank tersebut.


SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.
Sabtu, 12 Oktober 2013

Isteri ditembak Bila Si Suami Hilang

Photo: Cari suami tapi isteri jadi mangsa kes tembak.....kat Kota Bharu semalam....sib baik tak mati....giler bahaya sekarangni....
Cari suami tapi isteri jadi mangsa kes tembak.....kat Kota Bharu semalam....sib baik tak mati....giler bahaya sekarangni....Kesian kak nie laki yang berhutang dia lak yang kena tembak apa punya suami la macam nie..
Ahad, 29 September 2013

BERMANDI DARAH! SUAMI ISTERI DITETAK

Ngeri Kejam! Suami Isteri Parah Ditetak. Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang
 
Suami Isteri bermandi darah apabila ditetak kejam sekumpulan jenayah..Ngeri harap2 plois perketatkanlah rondaan yer semakin hari manusia semakin kejam.
MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.
Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.
Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.
“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
“Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian