Memaparkan catatan dengan label FIZA ELITE. Papar semua catatan
Khamis, 26 September 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ADAM AF2 DAN FIZA ELITE




TAHNIAH buat Adam AF2 dan Fiza Elite. Seperti yang dirancang mereka dah selamat dinikahkan hari ini 25 September 2013 dengan sekali lafaz. Majlis berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekitar pukul 10.40 pagi tadi. Selamat pengantin baru...



 


Selasa, 24 September 2013

ADAM AF2 NIKAH FIZA ELITE KHAMIS INI

 
Pasangan selebriti, Adam dan Fiza Elite, memilih tarikh 26 September untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.

Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.