Khamis, 27 Mac 2014

Pelawak Veteran Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia


Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘SantanBerlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor

7 ulasan:

Akupenghibur.com berkata...

ya Allah baru tahu,sedekahkan Al fatihah semoga beliau di tempatkan kalangan orang yang beriman

Unknown berkata...

al fatihah
moga ditempatkan bersama org2 beriman
terkezut gak bila baca berita semalam

Mia Liana berkata...

salam takziah dan al-fatihah...

Unknown berkata...

Al-fatihah...

Khir Khalid berkata...

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah... aamiin..

Mak Su berkata...

innalillah. rasanya dalam 2, 3 minggu lepas terserempak ngan arwah kat petronas hulu langat. takziah kepada keluarganya

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah untk almarhum smga di tempat kn di kalangan org" yg briman,..