Khamis, 2 Januari 2014

Anak Menakan Pertama KH


Hari ni tak sempat KH nak update entri kat blog nie. Sebab semalam adik KH kena masuk operation theater sebab tak leh nak bersalin secara normal. Biasa la kan bila dah doktor bagi suntikan untuk bersalin tapi tak nak gak bersalin terpaksa la dibedah apapun dah selamat dah. Lahirlah bayi lelaki yang sihat berat 3.1kg besar kan. Tadi KH pi melawat adik ngan bayi dia alahai merah lagi kulit. Yang best nyer di tak suka kalo kita letak dia atas katil, dia nak didukung jer klo letak sure menanges nyaring jer satu wad b hospital bersalin Pulau Pinang tu dengar suara dia hehe..

cewah anak menakan pak long 

Rasa seronok tetiba rasa macam nak  juga ada anak sendiri. Kesian gak tengok adik KH dia dah ler kecik tengok dia sayu plak bila dengar dia ceta time kena bedah tue. Kena 3 suntikan kat tulang belakang uih sakit tue..pastu tengok macamana doktor bedah nak kuarkan anak. Tiba sebak sayu bila dengar macam nie la pengorbanan setiap wanita yang bergelar ibu demi anak sanggup. Dia cakap bila tengok muka bayi semua sakit hilang. Even tengah tulis entri ni pun KH sebak. Teringat arwah mak. Bagi korang yang pernah berkasar ngan mak walau apapun jangan sampai membenci dia. Korang akan terasa bila insan bernama mak dah tak da.

romantik diorang 

KH rasa bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan adik KH seorang suami yang bertanggungjawab dan prihatin dengan keperlua dia. Tengok adik ipar pakaikan stoking kat isteri dia tetiba rasa wah bahgia nyer tengok pasangan muda nie. Bertuah anak mereka mendapat ibubapa yang bahgia. Semoga Allah memberkati keluarga mereka Amin.

2 ulasan:

Denaihati berkata...

tahniah dikurniakan anak saudara mudahan jadi anak yang soleh besar nanti.

Long Cham berkata...

terima kasih denaihati Amin