KUANTAN: Hampir 2,000 penduduk putus hubungan apabila Jambatan Sungai Charu di Sungai Lembing, di sini, runtuh selepas dihanyutkan arus deras berikutan paras sungai naik mendadak, kira-kira 4 petang tadi.
Jambatan berkenaan adalah satu-satunya jalan penghubung kawasan berkenaan dengan bandar ini.
Jurucakap polis berkata, hujan berterusan lebih 48 jam sejak Ahad lalu menyebabkan air sungai berkenaan melimpahi jalan sehingga memaksa laluan di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan diarahkan tutup kepada semua kenderaan pagi tadi.Sehingga ini, satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Polis Sungai Lembing yang menempatkan satu keluarga membabitkan sembilan mangsa.
PENDUDUK mengharungi jambatan Sungai Charu yang terputus hubungan akibat banjir dan hakisan jalan di Kilometer 28, Jalan Kuantan-Sungai Lembing. FOTO Zulkepli Osman.
Sementara itu, kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin mula dipindahkan berikutan banjir yang melanda negeri ini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata penduduk kampung itu mula dipindahkan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan butiran lengkap mengenai proses pemindahan belum diperoleh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan