
Paul Walker| Sapa tak kenal kan ngn jejaka hensem nie KH pun mula kenal beliau time filem The Fast and Furious la sebelum tu tak kenal pun sapa mamat bermata biru nie. Paul Walker dia katakan meninggal selepas terlibat dalam kemalangan di Santa Clarica, California US. Beliau yang dilaporkan gagal mengawal kereta Porshe Carrera GT yang baru dibeli dan melanggar tiang telefon yang mengakibatkan kereta tersebut meletup.
Ada juga info yang mengatakan Paul Walker sebenarnya menumpang bukan memandu kereta berkenaan. Beliau di Santa Clarica untuk menghadiri sebuah pameran kereta untuk mengutip derma bagi mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Apapun Filem The Fast & Furious bakal ditayangkan tahun depan mungkin filem terakhir lakonan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan