Selasa, 24 Disember 2013

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) Online

Kucinghitam sure ramai antara korang teringin nak ada rumah sendiri kan. Al maklumlah harga rumah sekarang ratusan ribu rasa macam mahal kan dan banyak rumah di Malaysia dibeli oleh orang luar. Bagi yang teringin nak ada rumah sendiri jom try apply Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia secara online.

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M di sini (klik).

permohonan online rumah mesra rakyat 1malaysia

Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Syarat AM RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 7,500kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

1 ulasan:

Akupenghibur.com berkata...

terima kasih berkongsi yer ^_^