Isnin, 18 November 2013

Misteri 23 Individu Hilang di Villa Nabila



Tetiba nama "Villa Nabila" menjadi trending di laman twitter #villanabila. Terus terang KucingHitam tak tau apapun kisah disebalik misteri Villa Nabila nie. So bila tengok ramai ja dok cakap macam best jer nak buat post pasal Villa Nabila nie. Kecoh sebab didakwa seramai 23 orang hilang di Villa Nabila. 


Cerita nya bermula apabila seorang ibu, Norhayati Mohamad 38 melaporkan kehilangan anak teruna nya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun. Ada yang ternampak Aizat dan rakan2 beliau memasuki kawasan Villa Nabila. Polis dan pihak Bomba telah membuat pemeriksaan di kawasan yang didakwa tapi tiada apa2. Villa tersebut dikatakan memang keras dan mempunyai penghuni ghaib yela bangunan tinggal memang la feveret makluk tue..

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.
"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.
"Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya.
Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi. - KOSMO!


Artikel Penuh: SUMBER

1 ulasan:

Unknown berkata...

seramnye
nampak mistik je tmpt tu