Rabu, 6 November 2013

Calon SPM Meninggal Dunia Dalam Dewan Peperiksaan

Ajal di dewan peperiksaan

INNALILLAH | Kalau dah ajal memang tak tengok pada masa dan tempat.. Sayu gak la bila tengok kes adik kita nie meninggal selepas sempat menjawab 4 soalan saja.. apapun Allah S.W.T lebih sayangkan arwah mungkin tempat arwah di sana lebih baik. Apapun KH ucapkan takziah buat ahli keluarga adik Nur Syazwani Ariffin dan Al-Fatihah.


PASIR PUTEH: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya sempat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1 selama 30 minit sebelum rebah dan pengsan di dewan peperiksaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Anis, di sini, pagi tadi.
Pelajar terbabit, Nur Syazwani Arifin, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara di sini, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi dan ketika ini masih dibedah siasat di hospital berkenaan untuk mengetahui punca kematiannya.
Bapa Nur Syazwani, Arifin Deraman, 48, berkata, anaknya demam sejak dua minggu lalu selain mengadu sakit belakang dan sesak nafas tetapi tidak teruk.

Katanya, walaupun demam, anaknya tetap belajar seperti biasa.
"Sehari sebelum peperiksaan, anak saya bersemangat untuk menduduki SPM demi menggapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah, selain ingin mengikuti tiga adik-beradik lain yang berjaya ke menara gading," katanya.

1 ulasan:

Imran Azman berkata...

innalillahi wa inna ilaihi rojiun...

semoga roh nya dicucuri rahmat. amin