Sabtu, 26 Oktober 2013

Diana Amir Sah Menjadi Isteri

Diana Amir

Dengan senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM 1000 Diana Amir @ Nurdiyana Amir Hashim selamat diijab kabulkan dengan Mohd Habib Bullah A Rahman dengan sekali lafaz sahaja.

Mohd Habib Bullah A Rahman, seorang pensyarah di UiTM Merbok bernikah dengan Diana Amir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 25 Oktober 2013 sekitar jam 9.50 malam yang disempurnakan oleh Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami…. dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami
Begitulah kata2 Diana Amir sebelum berlangsungnya majlis pernikahan. Kalau semua perempuan macam nie sure ramai yang dah bernikahkan tak payah nak sediakan hantaran mahal2 cukup la yang wajib saja. Apapun KH ucapkan tahniah dan semoga berkekalan.

Tiada ulasan: