Ahad, 1 September 2013

LELAKI BOTAK RAMPAS BENDERA SANG SAKA MALAYA AKAN DISIASAT


Photo: Top Trending harini...
Bila bro botakni...ada ckp india mengamuk dan merampas bendera sang saka malaya semasa A.Samad Ismail baca puisi didepan sekumpulan penyokong PR semalam di Dataran Merdeka....antara kata2nya ialah ini bukan bendera Malaysia tapi itu (jalur gemilang)....xde org yg berani nak sound dia....boleh tgk video di Youtube...

 Top Trending harini...
Bila bro botakni...ada ckp india mengamuk dan merampas bendera sang saka malaya semasa A.Samad Ismail baca puisi didepan sekumpulan penyokong PR semalam di Dataran Merdeka....antara kata2nya ialah ini bukan bendera Malaysia tapi itu (jalur gemilang)....xde org yg berani nak sound dia....boleh tgk video di Youtube...

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah meyifatkan tindakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka kelmarin sebagai perbuatan menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.


“Saya rasa ini adalah provokasi yang cuba dilakukan Hishamuddin Rais. Ia juga satu cubaan untuk menimbulkan ketegangan.
 “Terutama sekali untuk mempengaruhi anak muda tentang kebencian terhadap semangat kemerdekaan, bendera Malaysia dan kerajaan Malaysia sedia ada,” katanya kepada media.
Semalam tersebar dua video yang menunjukkan aktivis politik, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.

Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

Mengulas lanjut, Azwanddin berpandangan, “tujuan (kibar bendera Sang Saka) untuk menanam semangat kebencian ini sudah lama kita tahu. Jadi, ia seolah-olah cuba mencabar Perlembagaan negara kita. Bagi saya, ini sikap yang cukup biadab.”


Beliau berpendapat, pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani tindakan tersebut.

“Sepatutnya kita berlaku lebih tegas. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil kejadian ini sebagai perkara serius kerana ia tak boleh dibiarkan terus berlaku.

“Jika perkara ini masih berterusan, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan segera terhadap mereka. Terutama ambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya 

Tiada ulasan: