Khamis, 26 September 2013

AL-FATIHAH USTAZ AZIZAN MENINGGAL DUNIA

Azizan
 
AL-FATIHAH buat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atau lebih mesra ustaz Azizan bekas Menteri Besar Kedah. 

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," - Petikan Twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sekitar jam 11.10 pagi tadi. Ustaz Azizan dikatan mengalami masalah denyutan jantung yang berhenti sebanyak dua kali. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Doakan semoga roh Ustaz Azizan ditempatkan dikalangan orang beriman-AMIN

1 ulasan:

Khir Khalid berkata...

Innalillah.. semoga dicucuri rahmat keatas rohnya & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. amin.