Ahad, 25 Ogos 2013

TAHU AGAMA TAPI ABAIKAN : RASUAH KHALWAT

 
Harapkan pagar pagar lak yang tak guna..Bila pegawai salah guna kuasa macam nie jadi nyer..minta suap ja nasib la banyak yang buncit ( yg memang buncit jangan marah yer). Memalukan bila pegawai JAIS sendiri yang ditangkap makan rasuah hasil dari pelaku khalwat. Orang sekarang dah tau haram still nak buat gak yer. hmmm

Tiga penguat kuasa JAIS kutip puluhan ribu sebulan bebas pasangan kena tangkap

Kuala Lumpur: Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.

Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan. 

Suapan bebas dakwaan 
Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.

1 ulasan:

Shikin Isa berkata...

Org zaman sekarang..tau mane salah & mane betol..tapi bile nampak duit semuennnnye betol :P