Rabu, 14 Ogos 2013

SUAMI LARI IKUT PASANGAN GAY ISTERI TERKEDU

 
TRAGIS | Bila seorang suami sanggup lari mengikut pasangan gay meninggalkan isteri yang baru di nikahi selama 2 tahun dan sudah kenal selama 10 tahun. Gila 12 tahun total kena gak tinggal macam tu ja..Kalau dah tabiat susah nak buat kecuali dah insaf dan bertaubat. Kalau pi umrah beratus kali pun Allah xnak bagi hidayah macam tue gak...

Percintaan lebih 10 tahun seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri dengan perkahwinan bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri sebelum dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak awal tahun lalu.


Dia kini seolah-olah digantung tidak bertali apabila hanya dapat berkomunikasi dengan suami melalui SMS yang ada ketikanya mengambil masa beberapa hari untuk dijawab.
Rozita, 30-an, eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua tahun lalu berakhir begini sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.

“Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia, saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis.

“Semuanya bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan meminta saya menjaga suami dengan baik.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Dunia akhir zaman....macam2 berlaku hmm

Cikgu Hailmi berkata...

dahsyat nyer... kesian pompuan tuh..

Long Cham berkata...

nak buat macamana dh macam tu