TEMBAK LAGI | Makin menjadi2 plak kes tembak menembak sekarang nie kan. Takut nak kuar umah harap pihak polis selalu la meronda yer..
IPOH – Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan. “Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini. Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar ‘full face‘ semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang. Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya. Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan