Selasa, 13 Ogos 2013

BILA SURAU JADI KUIL

ne_03.1 (24)
 
INILAH surau dalam Resort Tanjung Sutera Sedili, Johor yang digunakan oleh penganut agama lain untuk bersembahyang.
 Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung pusat peranginan itu, Ahmad Tarmizi Adnan yang singgah untuk menunaikan solat asar di surau itu kelmarin.Ahmad Tarmizi, 45, mendakwa terdengar suara orang seperti berzikir dalam bahasa asing selain bunyi loceng dari dalam surau.“Apabila ditinjau, saya nampak sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba putih membuat upacara sembahyang diketuai seorang sami,” katanya.Peniaga dari Kuala Lumpur itu sempat merakamkan aktiviti itu dengan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.Seorang penduduk kampung, Mohamad Talib, 54, pula mendakwa, kumpulan itu datang ke surau berkenaan setiap hujung minggu untuk mengadakan upacara sembahyang selama beberapa jam sejak sebulan lalu.“Kami pada mulanya menyangka mereka pelancong,” katanya.

 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Huh, macam2 sekarang ni...