Ahad, 7 Julai 2013

TIKET TOUR RUNNING MAN MALAYSIA 2013 MULA DI JUAL

runningmanstart

TIKET MULA DIJUAL | Bagi peminat program Running Man yang tengah meletup sekarang akibat demam kpop yang tak habis2 lagi ni leh la start simpan duit untuk beli tiket tour diorang. Bagi adik2 tu nanti raya kutip duit raya banyak2 k leh la beli tiket.  Harga tiket bermula dari RM169 sehingga RM 689 untuk VIP.
Leh tahan gak harga dia kan. Tour Running Man nie akan diadakan pada 7 september 2013 lepas Raya Puasa la sempat lagi kalo nak himpun tp sure time tu tiket dah sold out hehehe....

Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary dan Jong Kook yang akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-
Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media
Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Pakej RM169
Poster RM edisi terhad

Tiada ulasan: