Ada syarat perlu dipatuhi ibu kepada pelakon Diana Danielle, iaitu Norsiah Ramli, jika wanita itu mahu melihat anak tunggal dan cucunya yang baru dilahirkan itu. Kata menantunya, Farid Kamil, Norsiah atau lebih mesra disapa Mama perlu bersemuka dengannya, sekali gus menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum selesai antara mereka. "Banyak cerita negatif yang saya dengar daripada mulutnya mengenai kami berdua. Supaya perkara ini tidak menjadi lebih panjang, dia perlu berjumpa dengan saya dan selesaikan beberapa perkara terlebih dulu jika dia mahu bertemu anak serta cucunya. "Saya bukan berdendam, cuma sekadar mahu melindungi isteri dan si anak kecil kerana saya dapat berasakan ibu mentua saya mahu melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap anak saya,” kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita di ibu negara, petang semalam.
1 ulasan:
ada problem rupanya sesama keluarga depa..
Catat Ulasan