RAS ADIBA, 45 | Pembaca berita di NTV7 kini sah bergelar seorang isteri kepada seorang penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45. Mereka sah bergelar suami isteri selepas 3 lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ras Adiba dinikahkan sendiri oleh bapa beliau, Mohd Radzi Wahab, 73. Mas kawin sebanyak RM99 dan wang hantar berjumlah RM 10ribu. Ras Adiba yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki disebabkan dari kemalangan yang dialami sekitar tahun 2002 pernah mengalami saat duka apabila perkahwinan bersama jejaka Perancis yang sepatutnya berlangsung seminggu sebelum tarikh bernikah akhirnya terputus disebabkan keluarga pihak lelaki bimbang anak mereka akan mengalami masalah jika berkahwin dengan OKU seperti dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan