Akhirnya pengakuan mereka bercinta kuar dari mulut Qi Razali pengacara Jalan2 Cari Makan (JJCM) dengan Nelydia Senrose (Hujung Nyawa). Kucinghitam tau diorang nie pernah berlakon sekali dalam drama Friday I'm In Love. Kira ok la tu pasangan ni sporting tak macam lain tue asyik no komen jer sebab takut saham jatuh.
Sejurus kenyataan pengakuan Qi kuar. Nelydia ada la respon seperti dibawah.
Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri. Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan.
Biarlah pihak lelaki sahaja yang membuka mulut. Saya hanya boleh katakan perhubungan kami kini dalam fasa yang baru. Sebelum ini kami hanya rapat sebagai kawan. Saya dan Qi belum ada kepastian kerana jodoh pertemuan ini ditentukan oleh Allah, jadi tak perlulah hendak gembar-gemburkan sangat perkara ini,
Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga
Muda lagi rupanyer si Nelydia nie baru 19 hehe...Apapun harap diorang bahgia la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan