Ahad, 28 Julai 2013

FARAH AF2 NAFI MENCURI

 

MACAM2 | Farah af2 kini hangat dengan kes curi semenjak seminggu yang lalu. Harap kes curi nie dapat la settle secepat mungkin kalo betul Farah tak bersalah harap orang yang bertanggungjawab tue tampil bersihkan nama Farah nie. Bulan puasa pun macam2 menda jadi kan..

Semalam akhbar Kosmo! telah menemu bicara pengacara yang dimaksudkan iaitu Farah Diana yang mula dikenali melalui program Akademi Fantasia. Farah bagaimanapun menafikan yang dia pengacara tangan panjang yang dimaksudkan, dan semuanya berlaku kerana salah faham akibat dirinya yang terlalu baik hati.
Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.
Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.
Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.
Farah juga turut menjawab beberapa persoalan tentang dirinya yang juga pernah dikatakan tidak memulangkan busana yang dipakai semasa mengacara:-
Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.
Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih. Kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!
Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Tiada ulasan: