Terkejut KucingHitam bila dapat tau hero GLEE ni dah meninggal dunia...argh sure ramai awek cun tengah sedih kan hmmm....
VANCOUVER: Polis berkata, pelakon Cory Monteith yang membintangi rancangan popular tv, “Glee,” ditemui mati di sebuah hotel di Vancouver.
Aktor berusia 31 tahun itu yang memenang watak sebagai Finn Hudson dalam rancangan bersiri tv mengenai kelab glee di sekolah tinggi, ditemui di dalam biliknya di tingkat 21, Hotel Fairmont Pacific Rim, pada tengah hari.
Mayat Monteith ditemui kakitangan hotel berkenaan apabila beliau tidak muncul selepas tamat waktu untuk keluar dari hotel berkenaan.
Lepard berkata, Monteith dipercayai keluar dengan beberapa orang sebelum kejadian dan mereka kini sudah ditemubual.
Monteith dilaporkan secara sukarela menyertai satu pusat pemulihan kerana berdepan dengan penyalahgunaan dadah, April lalu. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan