BINATANG! | Binatang pun tau saya anak sendiri. Kucinghitam heran betul lagi lama lagi teruk perangai manusia nie. Abang kandung sendiri tergamak rogol adik kandung yang pak cik tua bangka pun tak ada akal ka. Mau rejam ja diorang nie xda sekolah2 juvana nie buang masa ja.
Tiga Abang kandung,Bapa Saudara Rogol Budak Berusia 10 Tahun | BALING – Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.
Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.
Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.
Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.-sinar harian

5 ulasan:
bodo la depa ni
bengong akal xda la tue
kejam sungguh.. manusia buat begitu
ni bkn manusia kalo manusia xbt menda nie
kejam punya orang...
Catat Ulasan