Isnin, 16 Julai 2012

RESEPI PAVLOVA

resepi dan cara buat Pavlova
resepi pavlovaBagi sesiapa yang belum mencuba resepi pavlova ini bolehlah mencubanya di rumah untuk hidangan seisi keluarga kerana pavlova sangat sedap. Dengan buah-buahan diatasnya membuatkan ramai yang terliur apabila melihat pavlova ini. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membuat pavlova ini. Caranya mudah sahaja dan nanti Ammar akan kongsi resepi ini dengan membaca sepenuhnya artikel ini.

tutorial cara buat pavlovaCara-cara untuk membuat Pavlova:
Resepi Pavlova
Bahan-bahan





4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan 
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat




#Pukul putih telur dengan perlahan.
#Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
#Masukkan esen vanilla dan gaul.
#Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.
#Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
#Masukkan adunan ke dalam oven.
#Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
#Bakar selama satu jam.
#Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

Tiada ulasan: