Khamis, 27 Mac 2014

Pelawak Veteran Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia


Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘SantanBerlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor
Rabu, 26 Mac 2014

Wordless Wednesday : Migrain

Selasa, 25 Mac 2014

Alhamdulillah Selesai Sudah

Settle sudah intervoew untuk SPA bagi jawatan Pegawai Imigresen KP17 hari nie kat Bangunan Persekutuan Pulau Pinang..bangun sebelum subuh pun stilmkelam kabut haish...sebab ada ujian fizikal ngan pancaindera so KH pi pakai pakaian sukan ja sdbab sapa yg lulus ujian fizikal baru akam ditemuduga oleh panel. ALHAMDULILLAH KH ngam2 ja BMi tu haha...tapi yang paling best tu time interview tetiba plak nebes tapi panel dia sporting ja leh gelak2 fuh kurang skit nebes... sekarang ni just tunggu result la minta2 dapat la aminnnn.